Photobucket
!أهلا وسهلا Ya Allah, sesungguhnya aku mulai sedar bahawa betapa berharganya nikmat nafas yg Engkau beri ini. Kerana tanpa nikmatMu ini, mgkin tdk akn ku merasai manisnya ibadahku utkMu. Ya Rahman Ya Rahim, andai ada lg rezeki bgku, ckupknlh shgga bertemunya diriku dgn pengakhiran Khusnul Khatimah. Amin.. Moga kalian dpt mengambil manfaat coretan dr blog nie..

Friday, December 31, 2010

Erti dan hakikat TUDUNG

Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami. Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.
Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Duhai an-nisa', bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai an-nisa', ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.
Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.
Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.
Duhai an-nisa', bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.

Kelebihan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Pohon SEMALU dan WANITA



Pohon semalu amat berkait rapat dengan wanita:

1)      pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini diibaratkan wanita perlu mempunyai perasaan malu pada tempatnya.

2)     Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang muslimah.


3)     Semalu mempunyai akar tunjang yang kuat mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

4)     Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita hendaklah pulang ke rumah apabila waktu semakin senja.



Ambillah pengajaran daripada semalu ini walaupun ia hanyalah tumbuhan kecil sahaja tetapi mempunyai nilai yang besar….

Wanita mempunyai nilai yang tinggi di sisi Islam

Muslimah Ke Arah Kepimpinan Ulama'

Ilmu pengetahuan yang mendalam menjadi salah satu ciri yang terpenting dalam kepimpinan Islam.Ini dinyatakan sendiri oleh Al-Imam Mawardi, di mana beliau telah meletakkan antara tujuh syarat seorang Imam atau khalifah ialah ilmu yang mendalam sehingga membawa ke peringkat berijtihad. Saidina Umar dan juga Imam Syafi’e ada berpesan supaya mentafaqquhkan diri dahulu sebelum dilantik menjadi pemimpin.
            Di sebabkan betapa penting ilmu dalam kepimpinan Islam,maka Islam lebih mengutama golongan ulama’ untuk memimpin. Ulama’ yang dimaksudkan disini ialah ulama’ yang mempunyai prinsip dan tidak sekali-kali akan bertolak ansur terhadap apa sahaja perkara yang bercanggah dengan hukum Allah. Dengan istilah lain, ulama’ yang mempunyai disiplin dan akhlak Islam yang mewarisi kerja para rasul a.s dalam menyampaikan Islam secara amanah dan meyakinkan.
            Adalah menjadi tanggungjawab ummah untuk menjadikan para ulama’ hak sebagai kepimpinan dan petunjuk mereka semasa mengharungi lautan kehidupan ini. Keperluan ummat kepada ulama’ sebagai penyelamat kepada kekalutan hidup adalah merupakan satu keperluan yang mendesak. Dunia perlu kepada ciri kepimpinan yang mampu menundukkan kepada sifat atau fitrahnya yang sebenar, iaitu hamba kepada tuhannya.Bukan teori-teori khayal,wawasan kebendaan dan sebagainya.
            Di saat ummat Islam ketandusan kepimpinan ulama’seperti ini, kita sepatutnya merasa terpanggil untuk menampung kekurangan-kekurangan ini dan berusaha ke arah itu. Untuk merealisasikan tujuan dan amanah yang maha berat ini, tidak ada cara dan jalan yang lebih sempurna melainkan dengan kita membuat persiapan-persiapan semaksima mungkin sebelum kita terjun ke arena yang sebenarnya.

3.0       PERSIAPAN YANG PERLU

Secara umum persiapan yang terpenting bagi kita selaku golongan pelajar dapatlah di bahagikan kepada tiga bentuk persiapan. Antaranya :

            i )  Persiapan Keilmuan (الإعدادى الفكرى)
            ii)  Persiapan Kejiwaan (الإعدادى النفسى)
            iii) Persiapan Gerakan (الإعدادى الحركى).

3.1   Persiapan Keilmuan.

            Yang dimaksudkan dengan persiapan ini ialah pembentukan pemikiran Islam di kalangan pelajar. Apakah dia pengetahuan yang perlu ada?

3.1.1 Keilmuan Islam
            Adalah menjadi keperluan bagi kita mendalami ilmu Islam terlebih dahulu sehingga ia menjadi ilmu yang mendarah daging dalam diri kita. Ini kerana keperluan menggunakannya dalam kehidupan seharian sebagai seorang hamba dan terlebih dari itu sebagai seorang pendakwah untuk mengajak manusia kepada Islam.
            Untuk menyempurnakan diri kita sebagai seorang yang muthaqof, ilmu yang di pelajari termasuklah:
a)    Al-Quran dan tafsirnya
b)    Sunnah Nabawiyyah dan Ulum Al-Hadith
c)    Sirah Nabawiyyah
d)    Kisah Para Sahabat
e)    Ilmu Aqidah
f)     Ilmu Kejiwaan(tasawwuf)
g)    Pentadbiran Islam

3.1.2     Pengetahuan Umum
Di samping mempunyai ilmu Islam,kita juga perlu memperlengkapkan diri
dengan pengetahuan dan latar belakang,fikrah-fikrah atau aliran-aliran yang lain bagi membolehkan kita untuk berdepan dan menghapuskan segala bentuk penyelewengan yang berlaku dalam masyarakat.Benarlah apa yang telah di sabdakan oleh nabi saw:

من تعلم لغة قوم أمن مكرهم

Untuk memastikan kemantapan pengetahuan umum perkara yang perlu dipelajari ialah:
a)    Ilmu Kemanusiaan
b)    Ilmu Sains
c)    Isu-isu Semasa
d)    Sejarah dunia dan setempat

3.2         Persiapan Kejiwaan
Yang dimaksudkan dengan persiapan kejiwaan ialah usaha ke arah menguatkan hubungan dengan Allah sehingga mencapai ke satu peringkat ma’rifat ruhiyyah,yang dengan ma’rifat tersebut ia mensucikan dirinya dari segala kekotoran dan beramal dengan kelaziman yang mendekatkan diri dengan tuhannya.hasil dari itu tergambarlah segalanya pada perkataan dan segala kerja buatnya.Ia juga boleh diistilahkan sebagai “Tarbiah
Ruhiyyah”.

3.2.1 Tujuan Persiapan ini ialah:

a)    Menjadikan diri sentiasa akan kebersamaan Allah di mana sahaja dia berada
     dalam menjalani setiap pekerjaan.
b)    Melahirkan diri yang sentiasa ikhlas kerana Allah dalam setiap amal,perkataan
     dan segala pergerakkannya.
c)    Mentaqarrubkan diri kepada Allah melalui zikrullah dalam setiap ketika,
     memelihara ibadah,mengingati akhirat,sentiasa memperbaharui taubat dan wara’
     dari segala perkara yang subhat dan haram.
d)    Melahirkan anggota yang sentiasa bertawakkal kepada Allah,mencari redhanya
     mencintainya dan sentiasa takut pada-Nya.
e)    Sentiasa bermuhasabah terhadap diri setiap hari.
f)     Akhirnya akan melahirkan anggota yang cintakan syahid fi sabilillah.

3.1.2     Bagaimana Islam Mendidik Roh
Persoalan roh di dalam Islam mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah
swt.Walaupun kejadian manusia yang hampir serupa dengan makhluk yang lain dari segi pembentukan anggota badan dan kehidupan,namun manusia mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat pada makhluk yang lain.Di mana Allah swt telah meniupkan roh-Nya kedalam kejadian manusia yang menjadikan manusia sebagai suatu makhluk yang unggul dan mempunyai kemuliaan di sisi-Nya berbanding dengan makhluk lain.Ini tergambar dalam firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 26-29.
            Oleh itu Islam memberi penumpuan yang serius di dalam mendidik rohani,kerana melalui pendidikan inilah akan bertunjangnya keimanan yang mendalam dan aqidah di dalam seseorang muslim.
            Method atau manhaj yang di bawa oleh Islam dalam mendidik secara kasar boleh kita garapkan kepada 5 cara :

a)    Iltizam dengan mujahadah

Seseorang itu hendaklah mengetahui bahawa dirinya tidak hanya terhenti kepada

unsur jasad semata-mata,bahkan di sana terdapat roh dan aqal.Ia hendaklah berusaha untuk mensucikan dirinya dan mengambil berat terhadap usaha untuk
meninggikannya. Ini adalah kerana dalam dirinya terdapat dua kekuatan yang sering bertembung antara satu sama lain iaitu kebaikan dan kehendak hawa nafsu yang boleh menyebabkan ia menyembahnya (nafsu). Adalah menjadi tanggungjawab untuk kita memastikan bahawa segala kehendak hawa nafsu tunduk kepada kebaikan.jalannya ialah melalui mujahadah.
            Ustaz Sa’id Hawwa dalam menjelaskan persoalan mujahadah memulakannya dengan noktah iman kepada Allah dan mengesakan-Nya,dan bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Kemudian di susuli pula dengan marhalah kedua,iaitu dengan mendirikan kefardhuan waktu dengan mengerjakan solat,puasa,zakat,haji,nikah, mua’malah jual beli,mengikat silaturrahim,berbuat baik kepada ibu bapa dan lain-lain yang berbentuk kewajipan waktu.Setelah itu hendaklah juga dipelihara adab-adab waktu tersebut.Juzuk ketiga dalam mujahadah ialah seseorang itu menyusun dirinya untuk mengerjakan ibadah-ibadah sunnah samada solat,puasa nawafil,zikir,baca Al-Quran dan lain-lain.Setelah itu barulah masuk kepada persoalan keempat iaitu rukun mujahadah seperti : Uzlah,   Diam, berjaga malam dan berlapar.
cara untuk mengubatinya.

a)    Iltizam dengan wirid-wirid Al-Quran dengan tujuan untuk mendekatkan diri
kepada Allah,bertafakkur tentang rahsia kebesaran Allah.Perkara ini sebenarnya adalah bentuk-bentuk taklif yang dibuat melalui kelompok-kelompok usrah atau katibah yang menjadi tugas anggota untuk melaksanakannya.Adapun wirid tersebut termasuklah:
-       Wirid bacaan harian Al-Quran
-       Wirid hafalan Al-Quran
-       Wirid bacaan surah tertentu pada hari tertentu
-       Wirid istima’ Al-Quran dalam majlis usrah ataupun kabilah
-       Wirid Al-Quran yang ditentukan,di mana dalam satu minggu ditentukan himpunan ayat pada tajuk yang sama untuk di pelajari oleh anggota dan seterusnya di hafal.

b)    Iltizam dengan zikir ma’thur adalah bertujuan untuk mengikat perasaan atau jiwa
agar sentiasa bersama Allah sehingga membawa kepada ketinggian jiwa.Zikir ini merangkumi :
-       Wirid pada waktu pagi dan petang(ma’thurat)
-       Membaca zikir dan doa pada waktu-waktu yang berbeza.Contohnya doa
     tidur,makan,minum,musafir,lepas solat dsb.

c)    Iltizam dengan ibadah fardhu dan nawafil,khususnya puasa dan qiamullail.Adalah
lebih baik sekiranya di kerjakan solat fardhu secara berjemaah di masjid dan melaksanakan puasa ramadhan sebaik mungkin.Menjadi tuntutan setiap kita untuk:
-       Berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari setiap bulan dan sehari seminggu.
-       Menghidupkan malam sekali seminggu secara berjemaah dalam program
     tertentu.

d)  Iltizam dengan kegiatan-kegiatan untuk menghidupkan roh dalam ruang lingkup kehidupan manusia.Antaranya ialah dengan :
-       Mengkaji sirah Rasulullah saw dan sahabatnya dari sudut ketinggian roh
     mereka.
-       Mempelajari alam ghaib dan mu’jizat para nabi daripada Al-Quran dan
     Hadith.
-       Mutalaah buku-buku sufi dan tasawwuf
-       Menjauhkan diri dari berkawan dengan kawan yang jahat dan menghadiri
     majlis mungkar di samping menundukkan pandangan dan mendekati ahli
     ma’rifat billah.
-       Iltizam dengan jadual muhasabah ,iaitu bentuk bentuk soalan yang
     dikemukakan pada diri sendiri secara berseorangan ketika sebelum masuk
     tidur.
-       Sentiasa mengingati hari akhirat dengan mengadakan program menziarahi
     kubur untuk mengambil pengajaran dan muhasabah diri.