Photobucket
!أهلا وسهلا Ya Allah, sesungguhnya aku mulai sedar bahawa betapa berharganya nikmat nafas yg Engkau beri ini. Kerana tanpa nikmatMu ini, mgkin tdk akn ku merasai manisnya ibadahku utkMu. Ya Rahman Ya Rahim, andai ada lg rezeki bgku, ckupknlh shgga bertemunya diriku dgn pengakhiran Khusnul Khatimah. Amin.. Moga kalian dpt mengambil manfaat coretan dr blog nie..

Friday, December 31, 2010

Muslimah Ke Arah Kepimpinan Ulama'

Ilmu pengetahuan yang mendalam menjadi salah satu ciri yang terpenting dalam kepimpinan Islam.Ini dinyatakan sendiri oleh Al-Imam Mawardi, di mana beliau telah meletakkan antara tujuh syarat seorang Imam atau khalifah ialah ilmu yang mendalam sehingga membawa ke peringkat berijtihad. Saidina Umar dan juga Imam Syafi’e ada berpesan supaya mentafaqquhkan diri dahulu sebelum dilantik menjadi pemimpin.
            Di sebabkan betapa penting ilmu dalam kepimpinan Islam,maka Islam lebih mengutama golongan ulama’ untuk memimpin. Ulama’ yang dimaksudkan disini ialah ulama’ yang mempunyai prinsip dan tidak sekali-kali akan bertolak ansur terhadap apa sahaja perkara yang bercanggah dengan hukum Allah. Dengan istilah lain, ulama’ yang mempunyai disiplin dan akhlak Islam yang mewarisi kerja para rasul a.s dalam menyampaikan Islam secara amanah dan meyakinkan.
            Adalah menjadi tanggungjawab ummah untuk menjadikan para ulama’ hak sebagai kepimpinan dan petunjuk mereka semasa mengharungi lautan kehidupan ini. Keperluan ummat kepada ulama’ sebagai penyelamat kepada kekalutan hidup adalah merupakan satu keperluan yang mendesak. Dunia perlu kepada ciri kepimpinan yang mampu menundukkan kepada sifat atau fitrahnya yang sebenar, iaitu hamba kepada tuhannya.Bukan teori-teori khayal,wawasan kebendaan dan sebagainya.
            Di saat ummat Islam ketandusan kepimpinan ulama’seperti ini, kita sepatutnya merasa terpanggil untuk menampung kekurangan-kekurangan ini dan berusaha ke arah itu. Untuk merealisasikan tujuan dan amanah yang maha berat ini, tidak ada cara dan jalan yang lebih sempurna melainkan dengan kita membuat persiapan-persiapan semaksima mungkin sebelum kita terjun ke arena yang sebenarnya.

3.0       PERSIAPAN YANG PERLU

Secara umum persiapan yang terpenting bagi kita selaku golongan pelajar dapatlah di bahagikan kepada tiga bentuk persiapan. Antaranya :

            i )  Persiapan Keilmuan (الإعدادى الفكرى)
            ii)  Persiapan Kejiwaan (الإعدادى النفسى)
            iii) Persiapan Gerakan (الإعدادى الحركى).

3.1   Persiapan Keilmuan.

            Yang dimaksudkan dengan persiapan ini ialah pembentukan pemikiran Islam di kalangan pelajar. Apakah dia pengetahuan yang perlu ada?

3.1.1 Keilmuan Islam
            Adalah menjadi keperluan bagi kita mendalami ilmu Islam terlebih dahulu sehingga ia menjadi ilmu yang mendarah daging dalam diri kita. Ini kerana keperluan menggunakannya dalam kehidupan seharian sebagai seorang hamba dan terlebih dari itu sebagai seorang pendakwah untuk mengajak manusia kepada Islam.
            Untuk menyempurnakan diri kita sebagai seorang yang muthaqof, ilmu yang di pelajari termasuklah:
a)    Al-Quran dan tafsirnya
b)    Sunnah Nabawiyyah dan Ulum Al-Hadith
c)    Sirah Nabawiyyah
d)    Kisah Para Sahabat
e)    Ilmu Aqidah
f)     Ilmu Kejiwaan(tasawwuf)
g)    Pentadbiran Islam

3.1.2     Pengetahuan Umum
Di samping mempunyai ilmu Islam,kita juga perlu memperlengkapkan diri
dengan pengetahuan dan latar belakang,fikrah-fikrah atau aliran-aliran yang lain bagi membolehkan kita untuk berdepan dan menghapuskan segala bentuk penyelewengan yang berlaku dalam masyarakat.Benarlah apa yang telah di sabdakan oleh nabi saw:

من تعلم لغة قوم أمن مكرهم

Untuk memastikan kemantapan pengetahuan umum perkara yang perlu dipelajari ialah:
a)    Ilmu Kemanusiaan
b)    Ilmu Sains
c)    Isu-isu Semasa
d)    Sejarah dunia dan setempat

3.2         Persiapan Kejiwaan
Yang dimaksudkan dengan persiapan kejiwaan ialah usaha ke arah menguatkan hubungan dengan Allah sehingga mencapai ke satu peringkat ma’rifat ruhiyyah,yang dengan ma’rifat tersebut ia mensucikan dirinya dari segala kekotoran dan beramal dengan kelaziman yang mendekatkan diri dengan tuhannya.hasil dari itu tergambarlah segalanya pada perkataan dan segala kerja buatnya.Ia juga boleh diistilahkan sebagai “Tarbiah
Ruhiyyah”.

3.2.1 Tujuan Persiapan ini ialah:

a)    Menjadikan diri sentiasa akan kebersamaan Allah di mana sahaja dia berada
     dalam menjalani setiap pekerjaan.
b)    Melahirkan diri yang sentiasa ikhlas kerana Allah dalam setiap amal,perkataan
     dan segala pergerakkannya.
c)    Mentaqarrubkan diri kepada Allah melalui zikrullah dalam setiap ketika,
     memelihara ibadah,mengingati akhirat,sentiasa memperbaharui taubat dan wara’
     dari segala perkara yang subhat dan haram.
d)    Melahirkan anggota yang sentiasa bertawakkal kepada Allah,mencari redhanya
     mencintainya dan sentiasa takut pada-Nya.
e)    Sentiasa bermuhasabah terhadap diri setiap hari.
f)     Akhirnya akan melahirkan anggota yang cintakan syahid fi sabilillah.

3.1.2     Bagaimana Islam Mendidik Roh
Persoalan roh di dalam Islam mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah
swt.Walaupun kejadian manusia yang hampir serupa dengan makhluk yang lain dari segi pembentukan anggota badan dan kehidupan,namun manusia mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat pada makhluk yang lain.Di mana Allah swt telah meniupkan roh-Nya kedalam kejadian manusia yang menjadikan manusia sebagai suatu makhluk yang unggul dan mempunyai kemuliaan di sisi-Nya berbanding dengan makhluk lain.Ini tergambar dalam firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 26-29.
            Oleh itu Islam memberi penumpuan yang serius di dalam mendidik rohani,kerana melalui pendidikan inilah akan bertunjangnya keimanan yang mendalam dan aqidah di dalam seseorang muslim.
            Method atau manhaj yang di bawa oleh Islam dalam mendidik secara kasar boleh kita garapkan kepada 5 cara :

a)    Iltizam dengan mujahadah

Seseorang itu hendaklah mengetahui bahawa dirinya tidak hanya terhenti kepada

unsur jasad semata-mata,bahkan di sana terdapat roh dan aqal.Ia hendaklah berusaha untuk mensucikan dirinya dan mengambil berat terhadap usaha untuk
meninggikannya. Ini adalah kerana dalam dirinya terdapat dua kekuatan yang sering bertembung antara satu sama lain iaitu kebaikan dan kehendak hawa nafsu yang boleh menyebabkan ia menyembahnya (nafsu). Adalah menjadi tanggungjawab untuk kita memastikan bahawa segala kehendak hawa nafsu tunduk kepada kebaikan.jalannya ialah melalui mujahadah.
            Ustaz Sa’id Hawwa dalam menjelaskan persoalan mujahadah memulakannya dengan noktah iman kepada Allah dan mengesakan-Nya,dan bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Kemudian di susuli pula dengan marhalah kedua,iaitu dengan mendirikan kefardhuan waktu dengan mengerjakan solat,puasa,zakat,haji,nikah, mua’malah jual beli,mengikat silaturrahim,berbuat baik kepada ibu bapa dan lain-lain yang berbentuk kewajipan waktu.Setelah itu hendaklah juga dipelihara adab-adab waktu tersebut.Juzuk ketiga dalam mujahadah ialah seseorang itu menyusun dirinya untuk mengerjakan ibadah-ibadah sunnah samada solat,puasa nawafil,zikir,baca Al-Quran dan lain-lain.Setelah itu barulah masuk kepada persoalan keempat iaitu rukun mujahadah seperti : Uzlah,   Diam, berjaga malam dan berlapar.
cara untuk mengubatinya.

a)    Iltizam dengan wirid-wirid Al-Quran dengan tujuan untuk mendekatkan diri
kepada Allah,bertafakkur tentang rahsia kebesaran Allah.Perkara ini sebenarnya adalah bentuk-bentuk taklif yang dibuat melalui kelompok-kelompok usrah atau katibah yang menjadi tugas anggota untuk melaksanakannya.Adapun wirid tersebut termasuklah:
-       Wirid bacaan harian Al-Quran
-       Wirid hafalan Al-Quran
-       Wirid bacaan surah tertentu pada hari tertentu
-       Wirid istima’ Al-Quran dalam majlis usrah ataupun kabilah
-       Wirid Al-Quran yang ditentukan,di mana dalam satu minggu ditentukan himpunan ayat pada tajuk yang sama untuk di pelajari oleh anggota dan seterusnya di hafal.

b)    Iltizam dengan zikir ma’thur adalah bertujuan untuk mengikat perasaan atau jiwa
agar sentiasa bersama Allah sehingga membawa kepada ketinggian jiwa.Zikir ini merangkumi :
-       Wirid pada waktu pagi dan petang(ma’thurat)
-       Membaca zikir dan doa pada waktu-waktu yang berbeza.Contohnya doa
     tidur,makan,minum,musafir,lepas solat dsb.

c)    Iltizam dengan ibadah fardhu dan nawafil,khususnya puasa dan qiamullail.Adalah
lebih baik sekiranya di kerjakan solat fardhu secara berjemaah di masjid dan melaksanakan puasa ramadhan sebaik mungkin.Menjadi tuntutan setiap kita untuk:
-       Berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari setiap bulan dan sehari seminggu.
-       Menghidupkan malam sekali seminggu secara berjemaah dalam program
     tertentu.

d)  Iltizam dengan kegiatan-kegiatan untuk menghidupkan roh dalam ruang lingkup kehidupan manusia.Antaranya ialah dengan :
-       Mengkaji sirah Rasulullah saw dan sahabatnya dari sudut ketinggian roh
     mereka.
-       Mempelajari alam ghaib dan mu’jizat para nabi daripada Al-Quran dan
     Hadith.
-       Mutalaah buku-buku sufi dan tasawwuf
-       Menjauhkan diri dari berkawan dengan kawan yang jahat dan menghadiri
     majlis mungkar di samping menundukkan pandangan dan mendekati ahli
     ma’rifat billah.
-       Iltizam dengan jadual muhasabah ,iaitu bentuk bentuk soalan yang
     dikemukakan pada diri sendiri secara berseorangan ketika sebelum masuk
     tidur.
-       Sentiasa mengingati hari akhirat dengan mengadakan program menziarahi
     kubur untuk mengambil pengajaran dan muhasabah diri.

No comments:

Post a Comment