Photobucket
!أهلا وسهلا Ya Allah, sesungguhnya aku mulai sedar bahawa betapa berharganya nikmat nafas yg Engkau beri ini. Kerana tanpa nikmatMu ini, mgkin tdk akn ku merasai manisnya ibadahku utkMu. Ya Rahman Ya Rahim, andai ada lg rezeki bgku, ckupknlh shgga bertemunya diriku dgn pengakhiran Khusnul Khatimah. Amin.. Moga kalian dpt mengambil manfaat coretan dr blog nie..

Thursday, December 8, 2011

AKU TINGGALKAN Si Dia KERANA ALLAH ..

Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran

Aduhai ikhwan
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.
Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku.

Aduhai ikhwan
Maafkan aku
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku apabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Oleh itu,
Aku tinggalkan dirimu pada-Nya


Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
(An-Nur:26)


Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata

Yakinlah!





Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
(Ad dhuha:4/5)

Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.


Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
(As Syams:8-10)


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:

"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
(al-Fussilat: 30)

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(al-Fussilat: 36)


 


Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.

p/s : setiap kali diri lemah, benda lepas mula datang mengaburi malam hari, ku istighfar kepadaMu dan saat itu Kau hadiahkan dirini dengan nota ini,supaya diriku mampu berdiri dengan senyuman.

Kadangkala kehilangan akan menemukan kita kepada suatu yang lebih mulia dan berharga!

Dengan mencintai Allah, kita akan dicintai oleh orang yang mencintai Allah.




Monday, July 4, 2011

  • Org yg meninggal dunia pd hri Jumaat akn tleps soal jwb kubur hingga hri Kiamat.
  • Siapa yg mbca surah Ali Imran pd hri Jumaat, maka Allah n mlaikat mdoakn kbaikn ke atsnya shngga mthri tbnam pd hri itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah

Monday, May 9, 2011

KONSEP PEMAKANAN DALAM ISLAM

Tafsir surah Al-Baqarah ayat 168


Allah telah memerintahkan umatNya untuk meneliti setiap makanan dan minuman supaya pengambilnya mengikut syariat Islam dan tidak melanggar hukum syarak. Bahkan perintahNya lebih jelas iaitu hanya boleh mengambil makanan dan minuman yang berunsur dari sumber yang baik dan berkhasiat dan bersumberkan yang halal lagi suci.
Selaras dengan firman Allah s.w.t :
يأيها الناس كلوا مما في الأرض حلال طيبا ولا تتبعوا خطوات الشيطان  إنه لكم عدو مبين 
Maksudnya:
Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
                                                                          Al-Baqarah (2): 168

               
Berdasarkan firman Allah s.w.t , pemilihan makanan kita seharian amatlah berkait rapat dengan kesan  pembentukan jiwa seseorang.  Allah s.w.t. telah menyatakan bahawa rahmat Allah s.w.t  meliputi  ke atas seluruh alam. Ini bermakna, orang-orang yang bukan Islam juga boleh dapat merasai akan rahmat Allah s.w.t. tetapi, bagi mereka yang beriman, mereka perlulah menitikberatkan ciri makanan yang mereka ambil itu adalah halal kerana ianya halal lagi baik bagi mereka.

Dalam Kitab Tafsir al-Jalalain menyebut bahawa perkataan toyyiba (baik) itu adalah sifat kepada halal itu sendiri. Maka dapatlah difahami bahawa setiap makanan yang halal itu mestilah juga suci  daripada pelbagai segi, sama ada pada bahan campurannya mestilah bersih dan selamat dalam proses penyediaannya serta dapat memberikan manfaat kepada tubuh badan manusia. Makanan yang halal menjadi syarat utama bagi kesucian bagi amalan yang akan diterima oleh Allah s.w.t.  Orang yang beriman digesa agar segala amalannya bersih kerana jiwa dan hatinya digerakkan oleh kekuatan darah yang bersih. Sumbernya pula mestilah halal dan tubuh badannya dijauhi daripada hiasan pakaian yang bersumberkan haram. 

Selain itu, penulis menerangkan dalam ayat ini bahawa, setiap apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. itu semuanya berbahaya, dan setiap apa yang dihalalkan itu semestinya baik bagi mereka yang beriman. Ini bermakna, halalan toyyiba yakni halal dan baik itu merupakan salah satu daripada rahmat Allah s.w.t yang luas tanpa mengira makhluknya itu beriman atau tidak. Terpulang pada individu untuk menerima rahmat Allah s.w.t atau tidak.

Terdapat segolongan orang yang tidak boleh menerima perintah dan larangan Allah s.w.t dengan menjadikan isu alam sebagai suatu pertanyaan. Sekiranya kita melihat sesuatu yang diharamkan Allah s.w.t tidak mendatangkan mudarat pada makhlukNya, maka janganlah pula kita mengingkariNya. Pasti ada sebab dan peranannya  yang tersendiri mengapa Allah s.w.t mengharamkan sesuatu dan mengapa Allah s.w.t menciptakan sesuatu makhluk itu, dan mengapa pula kita tidak boleh menghalalkan sesuatu yang haram dan juga tidak boleh mengharamkan sesuatu yang halal. Sebagai contoh, ular adalah binatang yang haram dimakan. Walaupun ianya haram dimakan tetapi Allah s.w.t mencipta ular kerana ia memberi manfaat pada manusia sebagai pembasmi tikus pengganggu tanaman padi yang cukup ganas di sawah. Kita tidak boleh menjadikan bisa ular yang mana boleh dijadikan sebagai penawar itu sebagai alasan untuk menghalalkan kita untuk  memakan ular tersebut.

Dalam Tafsir Ibnu Kathir, apa yang Allah s.w.t sarankan mempunyai sebab tersendiri. Yang dimaksudkan dengan mengikut jejak langkah syaitan ialah melakukan perkara yang syaitan suka seperti benda-benda yang kotor. Sekiranya kita memakan makanan yang kotor baik dari segi sumber, proses penyediaan dan jenis makannnya, ini bermakna kita telah mengikut jejak langkah syaitan.  

Dalam ayat ini, Allah s.w.t menyebut “wahai manusia” bukan “wahai orang beriman”. Ini bermakna Allah s.w.t memerintahkan kepada seluruh manusia tidak kira seseorang itu beriman atau tidak, supaya mengambil sesuatu yang halal dan baik serta tidak mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan merupakan musuh seluruh manusia. Selain itu, kita tidak boleh membiarkan makanan dari terdedah, sebaliknya makanan tersebut perlulah sentiasa tertutup dan disimpan di tempat yang bersih supaya makanan tersebut tidak dimasuki serangga. Makanan yang sering terdedah juga akan diludah oleh syaitan dan menyebabkan hati menjadi gelap dan mempengaruhi pembentukan jiwa menjadi negatif. Kita perlu mengikut perintah Allah s.w.t tanpa perlu mempersoalkan setiap apa yang disarankan oleh Allah s.w.t. Kesannya, hati kita akan menjadi bersih, mudah untuk melakukan kebaikan dan ibadah serta jiwa akan menjadi tenang dan damai. Segala amalan yang dilakukan akan diterima oleh Allah s.w.t. dan sekalian makhluk akan menyayangi kita. 

Penganugerahan Tasbih Dan Kefahamannya


Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan penerus perjuangan Baginda s.a.w. sehingga ke hari kiamat.
Ramai di kalangan kita yang masih belum mengetahui penggunaan tasbih, sama ada ianya berasal daripada sunah ataupun sebaliknya. Sama-sama kita ikuti perbahasannya, semoga ianya memberi faedah dan kefahaman kepada kita, insya-Allah.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Abu Daud, al Tirmizi, al Nasaei dan al Hakim, dan ia disahihkan daripada Ibnu Amru s.a.w , beliau berkata :
رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْقِدُ التَّسْبِيْحَ بِيَدِهِ
“Saya melihat Nabi s.a.w. mengira tasbih dengan tangannya.”
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Abu Daud, al Tirmizi dan al Hakim daripada Yusirah r.a. – beliau salah seorang wanita muhajirin – berkata : Sabda Rasulullah s.a.w. :
عَلَيْكُنَ بِالتَّسْبِيْحِ وَالتَّهْلِيْلِ وَالتَقْدِيْسِ، وَلاَ تَغْفَلْنَ فَتَنْسَيْنَ التَّوْحِيْدِ، وَاعْقِدْنَ بِالْأَنَامِلِ فَإِنـَّهُنَ مَسْئُوْلاَتٌ وَمُسْتَنْطَقَاتٌ
“Hendaklah kalian sentiasa bertasbih, bertahlil dan mensucikan Allah. Jangan sekali-kali kalian lalai maka kalian akan lupa kepada tauhid. Hendaklah kalian mengiranya dengan hujung-hujung jari kerana ia akan disoal dan akan berkata-kata (paad hari Kiamat kelak).”
Diriwayatkan oleh al Tirmizi, al Hakim dan al Tabrani daripada Safiyyah r.a. berkata:
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. masuk menemui saya, sedang di hadapan saya terdapat 4000 biji-biji buah tamar yang saya gunakan untuk bertasbih. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apakah ini, wahai anak perempuan Huyai?” Saya menjawab, “Saya bertasbih dengannya.” Sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya saya telah bertasbih semenjak saya meninggalkan kamu lebih banyak daripada ini.” Saya berkata, “Ajarlah saya, wahai Rasulullah s.a.w.? Rasulullah s.a.w, “Sebutlah :
سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ مِنْ شَيْءٍ
“Maha suci Allah sebanyak bilangan segala yang diciptakanNya dari segala sesuatu.” Hadis ini juga adalah sohih.
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al Tirmizi; beliau menyatakan hadis ini bertaraf hasan, al Nasae, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al Hakim; beliau mensohihkannya daripada Sa’ad ibn Abi Waqqas r.a. :
“Pada suatu hari, beliau bersama Nabi s.a.w. masuk ke rumah seorang wanita. Di hadapannya terdapat biji-biji yang digunakan untuk bertasbih. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,”Adakah kamu mahu saya khabarkan kepada kamu apa yang lebih mudah bagi kamu dan lebih afdhal daripada ini?” Sebutlah :
سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِي السَّمَاءِ، سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِيْ الْأَرْضِ، سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا بَيْنَ ذَلِكَ، سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا هُوَ خَالِقٌ، اللهُ أَكْبَرُ مِثْلُ ذَلِكَ، وَالْحَمْدُ للهِ مِثْلُ ذَلِكَ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ الله مِثْلُ ذَلِكَ، وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ مِثْلُ ذَلِكَ
“Maha suci Allah sebanyak bilangan kejadian Allah di langit. Maha suci Allah sebanyak bilangan kejadian Allah di bumi. Maha suci Allah sebanyak kejadian Allah di antara kedua-duanya. Maha suci Allah sebanyak bilangan Dia adalah penciptanya. Allah Maha Besar seperti itu juga. Segala puji bagi Allah seperti itu juga. Tiada Tuhan melainkan Allah seperti itu juga. Tiada kekuatan melainkan pertolongan Allah seperti yang demikian itu juga.”
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab al Zuhd, telah menyampaikan kepada kami ‘Affan, telah menyampaikan kepada kami Abdul Wahid ibn Ziyad daripada Yunus ibn ;Abid daripada bondanya berkata ;
رَأَيْتُ أَبَا صَفِيَّةَ – رَجُلٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ جَارَنَا – قَالَتْ : فَكَانَ يُسَبِّحُ بِالْحَصَى
“Saya telah melihat Abu Sofiyyah r.a. – seorang lelaki dari sahabat Nabi s.a.w. dan dia adalah jiran kami. Beliau berkata, “Beliau sentiasa bertasbih dengan menggunakan batu-batu kecil.”
Dikeluarkan oleh Ibnu Sa’ad daripada Hakim ibn al Dailami:
أَنَّ سَعْدَ بْنِ أَبِيْ وَقَّاصٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ كَانَ يُسَبِّحُ بِالْحَصَى
“Sesungguhnya Sa’ad ibn Abi Waqqas r.a. bertasbih dengan menggunakan batu-batu kecil.”
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam al Musannaf, daripada hamba Sa’ad r.a bahawa Sa’ad r.a. bertasbih dengan menggunakan batu-batu kecil atau pun biji-biji buah.
Berkata Ibnu Sa’ad di dalam al Tabaqaat : “Telah menceritakan kepada kami ‘Ubaidillah ibn Musa, telah menceritakan kepada kami Israil daripada Jabir r.a. daripada perempuan yang telah menceritakan kepadanya, daripada Fatimah binti al Husain ibn Ali ibn Abi Talib r.a, bahawa beliau bertasbih dengan menggunakan benang yang disimpul.
Diriwayatkan oleh Abdullah ibn al Imam Ahmad di dalam Zawaid al Zuhd dari jawaln Nu’aim ibn Muhriz ibn Abi Hurairah daripada datuknya Abu Hurairah r.a , bahawa beliau mempunya benang yang terdapat padanya dua ribu simpulan. Maka beliau tidak tidur melainkan setelah bertasbih dengannya.
Diriwayatkan oleh Ahmad di dalam al Zuhd, telah menceritakan kepada kami Miskin ibn Nakir, telah menceritakan kepada kami Thabit ibn ‘Ajlan daripada al Qasim ibn Abdur Rahman, berkata :
Bahawa Abu Darda’ r.a. mempunyai biji-biji tamar ‘ajwah di dalam uncangnya. Apabila beliau solat Subuh, beliau akan mengeluarkannya satu persatu untuk bertasbih dengannya sehinggalah biji-biji itu habis.
Diriwayatkan oleh Ibnu Sa’ad daripada Abi Hurairah r.a., bahawa beliau sering bertasbih dengan biji-biji yang bercampur warna hitam dan putih.
Al Dailami menyebut di dalam Musnad Firdaus dengan sanadnya sehingga kepada Ali r.a. (marfu’):
نِعْمَ الْمُذَكِّرُ السُّبْحَةُ
“Sebaik-baik benda yang boleh mengingatkan kepada Allah ialah tasbih.”
Diriwayatkan dari jalan Abi Nadhrah daripada seorang lelaki daripada al Zafawah berkata:
“Saya singgah di rumah Ibrahim r.a. dan bersamanya terdapat sebuah uncang yang berisi batu-batu kecil- atau biji-biji buah. Maka beliau bertasbih dengannya sehingga habis.”
Diriwayatkan daripada Zadan berkata : Saya mengambil daripada Ummu Ya’fur tasbih-tasbihnya. Apabila saya menemui Ali r.a. beliau berkata ; “Kembalikan semula tasbih-tasbih Ummu Ya’fur.”
Di dalam kitab Tahfah al ‘Ibad dan kitab karangan mutakhir pada zaman al Jalal al Bulqini fasal yang baik mengenai tasbih. Pengarang berkata di dalam kitab tersebut sebagaimana nasnya:
Berkata sebahagian ulama: Mengira tasbih dengan hujung-hujung jari lebih afdhal daripada tasbih berdasarkan hadis Ibnu Umar r.a. Tetapi dikatakan: Sekiranya orang yang bertasbih aman daripada tersalah maka mengira dengan hujung-hujung jari lebih afdhal. Sekiranya tidak, menggunakan tasbih lebih utama.
Sekiranya menggunakan tasbih tidak ada kelebihannya melainkan hanya mengikut perbuatan para sadah (ulama’), untuk masuk ke dalam perjalanan mereka dan mendapat keberkatan mereka, sudah tentu penggunaan tasbih dengan perkiraan ini antara perkara yang terpenting dan sangat dituntut. Kenapa tidak? Kerana tasbih merupakan alat yang mengingatkan seseorang kepada Allah. Apabila seseorang itu melihat tasbih, maka dia akan mengingati Allah. Ini adalah sebesar-besar faedah tasbih. Oleh sebab itulah, sebahagian salaf menamakannya muzakkirah (pengingat kepada Allah). Ada yang menamakannya Habl al Wasl (tali yang menyampaikan kepada Allah), manakala sebahagian yang lain menamakannya sebagai Rabitah al Qulub (Pengikat/Penambat Hati dengan Allah).
Di antara faedah tasbih juga, ia membantu seseorang supaya sentiasa kekal berzikir. Setiap kali dia melihatnya, dia akan ingat bahawa ia adalah alat untuk berzikir. Maka ia akan memandu dan menariknya supaya berzikir. Alangkah baiknya, sebab yang menyampaikan seseorang kepada ingatan kepada Allah. Begitu juga contohnya, dengan penggunaan tongkat yang mana mengingatkannya kepada kematian, kerana penggunaan tongkat itu biasanya dinisbahkan kepada orang-orang tua yang kurang berupaya dan akan mengalami saat kematian. Ini akan menginsafkan pengguna tongkat tersebut, lalu memperbanyakkan amalannya kepada Allah s.w.t.
Tidak pernah dinaqalkan walau dari seorang Salaf mahupun Khalaf tegahan atau larangan daripada membilang zikir dengan tasbih, bahkan kebanyakan mereka membilangnya dengan menggunakan tasbih. Mereka juga tidak pernah berpendapat bahawa ia perbuatan yang makruh.
Diceritakan, sebahagian daripada mereka mengira-ngira tasbih mereka. Maka dikatakan kepada mereka, “Adakah kamu berkira-kira dengan Allah?” Jawabnya, “Tidak, tetapi saya mengira untuk Allah.”
Maksudnya, kebiasaannya kebanyakan zikir yang dikira dan didatangkan oleh Sunah yang mulia tidak dapat dikira hanya dengan menggunakan jari-jari. Jika ia dapat dikira dengan jari sekalipun, sudah pasti seseorang itu akan disibukkan dengan kiraanya sehingga menghilangkan kekhusyukan berzikir. Inilah maksudnya. Wallahu A’lam.
(Kitab bertajuk tasbih karangan Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki)
(Kitab asal bertajuk al Minhah fi al Subhah karangan Al Imam Al Hafiz Jalaluddin As Suyuti r.h )
(Diolah sedikit daripada hamba yang hina ini dan mengharapkan ilmu daripadaNya)

Ilmu Yang Bermanfaat

 
العِلْمُ النَّافِعُ هُوَ الَّذِي يَنْبَسِطُ فِي الصَّدْرِ شُعَاعُهُ، وَيُكْشَفُ بِهِ عَنِ الْقَلْبِ قِنَاعُهُ
“Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang terpancar atau terhampar cahayanya di dalam dada, dan yang membuka atau menyingkap hijab hati.”
Terdapat beberapa pentakrifan ulama’ tentang makna ilmu yang bermanfaat. Ibnu Ajibah r.a mentakrifkan makna ilmu di sini, iaitu ilmu yang bermanfaat dan juga ilmu qulub (hati), dengan ilmu, ilmu yang membersihkan hati dari segala kekotoran dan menghiasi hati dengan kemuliaan.
Ataupun dalam erti kata lain, ilmu takhliah (mengosongkan hati dan anggota jasad dari kekotoran dan keaiban) dan tahliyyah (menghiasi hati dan anggota jasad dengan kebaikan).
Maka ilmu seperti ini membicarakan tentang keaiban atau kecelaan nafsu, keaiban hati, ruh dan sir bagi tujuan pembersihan segala yang telah disebutkan.
Apabila seseorang itu telah bersih dari segala keaiban tersebut, maka barulah ia dihiasi dengan sifat-sifat kesempurnaan. Iaitu, keimanan, keyakinan, ketenangan, muraqabah dan musyahadah. Bahkan juga, ia dihiasi dengan akhlak yang terpuji seperti berlemah-lembut, belas kasihan, pemurah, ithar dan lain-lain lagi.
Maka cahaya ilmu yang terpancar dan bersinar di dalam hati ialah salji keyakinan, kedinginan redha dan taslim (penyerahan kepada Allah) dan kemanisan iman dan makrifah. Daripada cahaya-cahaya ini tumbuhnya perasaan gerun, takut dan malu kepada Allah, melahirkan rasa tenang dan akhlak-akhlak terpuji yang lain.
Kegelapan yang tersingkap dan terbuka dari hati ialah kelalaian. Ia berpunca daripada sifat redha terhadap nafsu yang disebabkan oleh kecintaan terhadap dunia yang merupakan punca segala kejahatan. Orang yang mencintai dunia akan lahir daripadanya sifat hasad, takaabur, kedekut, bakhil, cintakan pangkat dan jawatan, bersikap kasar, gundah gulana dan sifat-sifat tercela yang lain.
Justeru, apabila sifat-sifat yang tercela ini tersingkap dan tersingkir dari hati, maka akan terhampar dan terpancar di dalam hati tersebut cahaya ilmu seperti yang telah dsebutkan di atas. Ilmu dan pengetahuan tentang Allah ialah cahaya di dalam hati. Daripadanya akan menerbitkan cahaya yang terdampar di dalam dada, lalu melahirkan sifat zuhud terhadap dunia. Apabila seseorang itu telah bersifat zuhud terhadap dunia, hatinya akan diluaskan dan dilapangkan dengan keyakinan, keredaan, taslim dan sifat-sifat kebaikan yang lain. Maka sekiranya, kata hikmah ini mendahulukan penyucian hati daripada menghiasinya adalah lebih baik.
Namun sekiranya mengikut tertib yang disusunkan oleh Sheikh Ibnu ‘Athoillah As Sakandari r.a , maka diandaikan maksud “cahaya yang terdampar di dalam hati” ialah cahaya Islam dan iman. Manakala “kegelapan yang terbuka dari hati” ialah hijab lahiriah dan kegelapan alam yang terbuka dan tersingkir dari hatinya lalu menerbitkan cahaya munawajah iaitu cahaya ihsan dan rahsia-rahsia makrifah. Susunan seperti ini juga adalah baik.
Bersesuaian dengan susunan ini juga Ibnu ‘Abbad r.a. menyebut di dalam kitab Ghaith al Mawahib al ’Aliyah, bahawa ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang berkaitan dengan Allah, sifat-sifatNya, nama-namaNya, cara-cara mengabdikan diri kepadanya dan beradab di hadapannya. Maka inilah ilmu yang terpancar cahayanya di dalam hati lalu membuka dan melapangkan hati untuk menerima Islam, dan menyingkap kegelapan lalu menghapuskan daripadanya keraguan dan syak wasangka.
Oleh sebab itu, Nabi Daud a.s. bersabda :
الْعِلْمُ فِي الصَّدْرِ كَالْمِصْبَاحِ فِي الْبَيْتِ
“Ilmu di dalam dada bagaikan lampu di dalam rumah’
Abu Muhammad Abdul Aziz al Mahdawi r.a. berkata : “Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu masa, ilmu membersihkan hati, ilmu yang membawa sifat zuhud di dunia, mendekatkan kepada syurga, menjauhkan dari neraka, mendatangkan perasaan takut dan mengharapkan kepada Allah dan ilmu tentang keaiban dan pembersihan nafsu. Inilah ilmu yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati hamba-hambaNya yang dikehendaki, selain daripada ilmu lisan, manqul (al Quran dan Hadis) dan ma’qul (akal).”
Imam Malik ibn Anas r.a. juga pernah berkata :
لَيْسَ الْعِلْمُ بِكَثْرَةِ الرِّوَايَةِ ، وَإِنَّمَا هُوَ نُوْرٌ يَقْذِفُهُ اللهُ تَعَالَى فِي الْقُلُوْبِ
“Bukanlah ilmu itu dengan banyak meriwayatkannya, tetapi ilmu itu ialah cahaya yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati.”
Manfaat ilmu itu ialah untuk mendekatkan seseorang hamba kepada Tuhannya dan menjauhkannya daripada melihat dirinya. Inilah puncak kebahagiaan dan keinginan seorang hamba. Sehubungan dengan itu, Imam Junaid r.a. pernah mengatakan :
الْعِلْمُ أَنْ تَعْرِفَ رَبَّكَ، وَلاَ تَعْدُوْ قَدْرَكَ
“Ilmu itu ialah kamu mengenal Tuhanmu dan tidak melampaui kedudukan dirimu (selaku hamba).”
Iaitu dengan melakukan adab yang baik.
Ternyata, ibarat yang ringkas dan padat ini telah merangkum makna ilmu sufi, iaitu mengenal Allah dan beradab di hadapannya. Ilmu ini sepatutnya didalami dan diselami oleh setiap insan sepanjang umurnya.
Oleh sebab peripentingnya ilmu ini, Imam Abu Hasan al Syazuli r.a. mengingatkan dengan katanya :
مَنْ لَمْ يَتَغَلْغَلْ فِي هَذِهِ الْعُلُوْمِ مَاَت مُصِرًّا عَلَى الْكَبَائِرِ وَهُوَ لاَ يَعْلَمُ
“Sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang ilmu ini (ilmu sufi), nescaya dia akan mati dalam keadaaan berterusan melakukan dosa besar, sedangkan dia tidak mengetahuinya.”
Justeru, berusahalah untuk memperoleh ilmu yang bermanfaat dan mintalah perlindungan daripada ilmu yang tidak bermanfaat kerana di dalam sebuah Khabar yang masyhur, Rasulullah s.a.w bersabda :
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ
“ Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat.”
* Kata-kata hikmah ini diambil daripada kitab karangan al-Allamah Ibn Ataillah as-Sakandari yang berjudul “Syarah Hikam Ibn Ataillah as-Sakandari”. Semoga Allah kitab-kitab karanganya menjadi pedoman manusia hinggalah hari kiamat. Insyaallah

Thursday, April 21, 2011

upload gmbr mnje dlm fb..srnok @ bala???

Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia. Betulkah ?
Reaksi penulis: "Bodohnya....jika dalam dunia realiti mereka harap sebegitu daripada lelaki-lelaki..."

Sekarang telah menular satu fenomena 'pemujaan diri sendiri' di kalangan anak-anak gadis Melayu Islam kita. Maksud mudahnya ialah kegemaran meng-upload gambar peribadi sendiri ke dalam laman sosial dan blog agar boleh dilihat ramai orang. Kadangkala gambar itu diselitkan pula kata-kata yang memuji kecomelan dan kecantikan diri sendiri. Berbekalkan wajah yang dianugerahkan Allah ayu dan cantik serta potongan badan yang memikat, mereka sedar akan ramai pengunjung terutamanya lelaki seronok menatap gambar mereka. Kesannya, anak-anak gadis ini rasa bangga diri dengan kecantikan fizikalnya. Akibatnya, mereka akan meng-upload lebih banyak gambar dengan aksi posing yang lebih memikat.
Malangnya, bagi anak-anak gadis Melayu Islam kita, trend 'pemujaan diri sendiri' adalah satu aktiviti suka-suka dan mendapatkan keseronokan semata-mata. Mereka tidak sedar akan bahaya apabila gambar-gambar cantik dan manja mereka di-upload secara bebas di ruang internet. Terdapat ramai lelaki gila seks, miang, mata keranjang dan stalker di luar sana yang setiap hari menyelongkar blog-blog kepunyaan perempuan dan akaun Facebook perempuan cantik, kemudian melihat foto-foto yang mencuci mata dan menaikkan nafsu mereka. Apabila mereka berminat dengan gambar-gambar tertentu, mereka akan 'save' ke dalam PC mereka untuk dilihat-lihat pada masa hadapan.

Ada akibat yang lebih teruk dan jijik dari itu semua. Majoriti lelaki mata keranjang ini kebarangkalian besar akan menggunakan gambar-gambar cantik, seksi dan manja anak-anak gadis Melayu Islam yang telah dicuri itu sebagai bahan rangsangan untuk *ber 'masturbasi'. Anda pasti tahu apa itu *'masturbasi', tidak perlu diterangkan. Bayangkan betapa murah dan hinanya harga diri anak-anak gadis dalam gambar yang telah dijadikan bahan cuci mata ini. Bagi lelaki-lelaki sedemikain, pakaian seksi tidak semestinya perlu, wajah yang comel dan lawa pun sudah cukup membuatkan mereka berfantasi liar.

Maka, berhati-hatilah. Blog ini hanya mampu menasihat

Sunday, April 10, 2011

Avatar versus Khilafah


Wahai sahabat sekalian, tahukah anda sekiranya kita berlepas dari adanya pengaruh unsur-unsur budaya tertentu, dan ritual agama tertentu cerita Avatar ini hampir mirip dengan sejarah dan realiti umat Islam?. Macam ini, sekiranya kita melihat cerita Avatar tersebut dan hayati semula dalam-dalam, kita sebagai seorang pemuda Muslim harus refresh kembali dan pasti akan teringat dengan pemimpin umat (khalifah) yang mestinya ada sebagai pelindung umatnya seperti mana dalam alunan sejarah yang telah membuktikan 1300 tahun lamanya islam pernah memimpin dunia (khilafah).
Cuba saja anda semak paparan Katara pada setiap awal episod di cerita Avatar tersebut.
"Air, Api, Tanah, dan Udara, dahulu keempat negara hidup dengan damai, namun semuanya berubah saat negara api menyerang. Hanya Avatar yang mampu mengendalikan keempat elemen yang dapat menghentikannya."
Kenapa ya dulunya bangsa-bangsa tersebut damai? Tentu saja hal itu terjadi karena memang mereka hidup di bawah kepemimpinan seorang Avatar dan tidak ada satu pun negara yang serakah. Tetapi dengan kesombongan dan kebongkakkannya, negara api menyerang negara-negara lainnya. Akhirnya, kedamaian pun hilang. Yang ada hanyalah pembunuhan, penyiksaan, ketamakan memonopoli kekuasaan, penahanan, dan kerusakkan lainnya.
Di dalam animasi Avatar itu pun disebutkan bahawa semua kerosakkan tersebut hanya dapat dihentikan oleh seseorang yang disebut dengan Avatar. Memang betul sejak dahulu, Avatarsenantiasa ada. Setiap kali Avatar yang satu mangkat, selalu digantikan oleh Avatar berikutnya. Dialah yang mampu menyatukan kembali bangsa Air, Api, Tanah dan Udara.
Tetapi, ketika kedamaian itu tidak ada, seorang Avatar yang diperlukan tersebut ternyata menghilang. Yang akhirnya, derita yang menimpa bangsa Air dan bangsa Tanah terus berlangsung..
Sahabat, cuba singkap kenyataan-kenyataan tersebut, sama tak cerita Avatar itu dengan cerita realiti atau kenyataan kita? Ya benar ini sangat serupa dengan apa yang menimpa dunia Islam hari ini. Kalo boleh kita ubah sikit cerita awal tersebut dengan versi nyata dunia Islam, bunyinya jadi begini, 
"Dahulu kala, negeri-negeri bersatu dari Spanyol hingga Melayu hidup dengan kedamaian dan kebahagiaan dalam sistem Khilafah. Namun, semuanya berubah setelah kaum kafir harbi menyerang dari segala sisi, baik mental mahupun fizikal."
Benar kan, dulu kita umat Islam, bersatu dengan aman dan dalam mulai dari Spanyol hingga nusantara ini bersatu padu di bawah satu kepemimpinan yang menyatukan mereka, iaini Khilafah. Seorang Khalifah, pempimpin negara Khilafah, telah menjadi payung dan perisai pelindung umat. Umat ini berwibawa dan disegani saat kita hidup di bawah naungan Khilafah.
Islam pernah menguasai 2 per 3 daripada dunia. Demikian pula, awal mula peradaban mulia itu diawali oleh Islam. Termasuk di dalamnya dalam penguasaan sains dan teknologi yang meningspirasi dunia Barat. Dunia mengakui hal ini. Cuba kita sama-sama semak pengakuan seorang pengusaha di sebuah perusahan komputer ternama di dunia. Carly Fiorina, CEO Hewlett-Packard (HP), menulis:
"Dulu pernah ada sebuah peradaban yang paling besar di dunia. Peradaban itu mampu menghasilkan sebuah negara super yang membentang dari samudera ke samudera, dari daerah sub-tropik hingga ke daerah tropik dan gurun. Dalam wilayah kekuasaannya, tinggal ratusan juta warganya, yang tediri dari berbagai kepercayaan dan bangsa.
Salah satu dari sekian banyak bahasanya menjadi bahasa universal dan menjadi jambatan penghubung antara warganya yang tinggal di berbagai negeri. Tenteranya tersusun dari orang-orang yang berlainan kebangsaanya. Kekuatan tenteranya mampu memberikan kedamaian dan kesejahteraan yang belum pernah ada sebelumnya. Jangkauan armada perdaganganya membentang dari Amerika Latin sampai ke Cina, serta daerah-daerah yang berada di antara keduanya.
Kemajuan peradaban ini sangat ditentukan oleh berbagai penemuan yang diraih oleh para pakarnya. Para arkiteknya mampu mereka bangunan melawan hukum graviti. Para pakar matematiknya menciptakan aljabar; juga algoritma yang menjadi pengembangan teknologi komputer dan penyusunan bahasa komputer, para doktornya mempelajari tubuh manusia hingga mampu menemukan berbagai ubat untuk menyembuhkan beraneka ragam penyakit.
Para pakar astronomiya mengamati langit, memberikan nama bintang-bintang, serta merintis teori seputar perjalanan dan penelitian ruang angkasa. Ketika bangsa-bangsa lain khuwatir terhadap munculnya berbagai pemikiran, peradaban ini justru memacu kemunculan beraneka ragam idea dan gagasan. Ketika tindakan keras seringkali mengancam keberadaan ilmu pengetahuan, peradaban ini justru melindungi, mempertahankan, serta menyampaikannya kepada umat-umat lain.
Peradaban barat modern mendapatkan banyak manfaat dari kemajuan ini. Peradaban yang saya maksudkan adalah dunia Islam dari tahun 800 M sampai dengan 1600 M, termasuk di dalamnya wilayah Negara Khilafah Utsmaniyah, Baghdad, Damaskus dan Kairo, demikian pula masa-masa para pemimpin yang cemerlang, seperti Khalifah Sulaiman yang perkasa.".
Nah betul tak apa yang dinyatakan bahawa Avatar itu cerita betul, dan inilah sebuah kehidupan sebenar avatar?
Tetapi semuanya kini berubah. Setelah perencanaan yang panjang akhirnya, kuasa barat berhasil merobohkan kekuatan umat Islam. Tepatnya pada tanggal 3 Mac 1924, institusi pemersatu umat itu dibubarkan oleh seorang pengkhianat yang bernama Mustafa Kemal Pasha at-Turk. Sejak itulah, dunia Islam memburam.  Kuasa barat menyuntikkan senjata racun yang mematikan kepada tubuh umat Islam, termasuk generasi muda. Senjata ini pula yang telah digunakan oleh barat dalam membunuh Khilafah tersebut.
Senjata yang dimaksudkan adalah idea-idea Barat yang hingga kini terus menerus dipaksakan kepada generasi muda muslim, seperti idea kebebasan, hak asasi manusia, nasionalisma, sekularisma (pemisahan agama dari kehidupan), demokrasi, dan idea-idea busuk lainnya.
Ketika kaum Muslim tidak lagi berada dalam pangkuan Khilafah, satu demi satu negeri kaum Muslim terpecah belah, yang disekat-sekat oleh ikatan nasionalisma. Dengan ini kuasa barat berleluasa menjajah dan menjarah negeri-negeri kaum Muslim bahkan hingga ke hari ini.Saudara-saudara kita di Palestin, Afghanistan, Pakistan, Kashmir, dan negeri-negeri lainnya menjerit meminta pertolongan.
Mereka dibunuhi, tanahnya dirampas, sumber daya alamnya dijarah dan dijajah oleh kaum kafir penjajah tanpa ada pembelaan. Makanya serupa tak dengan cerita Avatar?. Jika di  dalam filem Avatar, yang jahatnya adalah si Raja Api, maka hari ini, raja Api itu adalah ibarat Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya yang terus menerus hingga kini menjajah negeri-negeri kaum Muslim.
Lantas Jom Kita Jadikan Avatar Ini Sebuah Yang Episod Nyata, nak tak?
Seperti halnya di filem Avatar, kejahatan akan segera musnah , dan dengan itu kejahatan dan kemunduran yang menimpa umat Islam pun akan segera berakhir, setelah sang islamic avataratau the caliphate alias Khalifah yang akan kembali hadir memimpin dunia dalam system pemerintahannya Al Khilafah Islamiyah. Seperti halnya Aang, dia masih muda dan terus berjuang menimba ilmu untuk menjadi sosok avatar.
Begitu juga, hari ini jutaan para pemuda Muslim di seluruh penjuru dunia bahu-membahu untuk kembali mewujudkan sang pembebas dunia dari penjajahan. Mereka bersatu di bawah panji Rasulullah dan menginginkan Khilafah kembali. Kalian tak percaya? Kaji nih kata-kata dalam sebuah lirik rap anak muda Amerika sana yang dibawakan oleh SOA. Dia menyatakan, "Its time to take a STAND! Follow ONLY Allah's Commands! Put Khilafah back on the MAP. IT'S TIME TO BRING ISLAM BACK". Anak muda Muslim Britain juga tidak ketinggalan, mereka menyerukan"Bring Back Islam, Bring Back The Khilafah" dalam sebuah lirik hiphop nya.
Bagaimana dengan para pemuda Muslim di negeri ini? Jadi, pasti harus lebih dari itu. Di negeriDavid Backham sahaja, para pemuda muslimnya menyerukan Khilafah. Masakan di negeri kita tidak. Malulah saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian! Jom mulai hari ini kita pelajari Islam sebagai agama yang lengkap, fahami, amalkan dan dakwahkan.
Seperti halnya Avatar, masih muda tapi terus belajar sekalipun dia adalah orang yang hebat untuk menghentikan segala kejahatan. Kalau ada yang ingin bertanya bila? Ya jawapannya, saat ini juga, sebelum ajal menjemput, hingga Islam berjaya kembali di bawah naunganKHILAFAH! Insya'allah sedikit waktu lagi.