Photobucket
!أهلا وسهلا Ya Allah, sesungguhnya aku mulai sedar bahawa betapa berharganya nikmat nafas yg Engkau beri ini. Kerana tanpa nikmatMu ini, mgkin tdk akn ku merasai manisnya ibadahku utkMu. Ya Rahman Ya Rahim, andai ada lg rezeki bgku, ckupknlh shgga bertemunya diriku dgn pengakhiran Khusnul Khatimah. Amin.. Moga kalian dpt mengambil manfaat coretan dr blog nie..

Saturday, January 1, 2011

BALA akan menimpa Apabila....

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasullah S.A.W bersabda :
" Apabila umatku telah membuat lima belas perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

1 . Apabila harta negara hanya beredar pada orang - orang tertentu .

2 . Apabila amanah itu dijadikan sumber keuntungan .

3 . Zakat dijadikan hutang .

4 . Suami memperturutkan kehendak isteri .

5 . Anak derhaka terhadap ibunya .

6 . Sedangkan ia berbaik - baik dengan kawan nya .

7 . Suka menjauhkan diri dari ayahnya .

8 . Suara ditinggikan di dalam masjid .

9 . Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka .

10 . Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan nya .

11 . Arak diminum di merata tempat .

12 . Kain sutera banyak di pakai kaum lelaki .

13 . Para artis disanjung - sanjung .

14 . Muzik banyak dimainkan .

15 . Generasi akhir umat ini melaknat ( menyalahkan ) generasi pertama ( sahabat ) . Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan di roboh menjadi makhluk lain . (H.R TIRMIZI .)
Sekadar renungan di pagi jumaat . Mungkin ada yang berkata , aku pun bukan lah di kalangan yang terbaik untuk mengingatkan pada semua , tetapi sekadar berkongsi tidak lah mendatangkan apa - apa kerugian .


No comments:

Post a Comment