Photobucket
!أهلا وسهلا Ya Allah, sesungguhnya aku mulai sedar bahawa betapa berharganya nikmat nafas yg Engkau beri ini. Kerana tanpa nikmatMu ini, mgkin tdk akn ku merasai manisnya ibadahku utkMu. Ya Rahman Ya Rahim, andai ada lg rezeki bgku, ckupknlh shgga bertemunya diriku dgn pengakhiran Khusnul Khatimah. Amin.. Moga kalian dpt mengambil manfaat coretan dr blog nie..

Tuesday, January 11, 2011

KHASIAT KURMA



Buah kurma memiliki nilai istimewa yang berkedudukan tinggi dalam islam. Kurma merupakan nikmat agung dari Allah yang dianugerahkan antara nikmat-nikmat yang tidak terhitung jumlahnya. Firman Allah
Dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.  (Ibrahim (14):34)
Pohon kurma memberi banyak kebaikan yang diberikan, kerendangannya serta buahnya yang nikmat pada pengambilnya. Semua vitamin yang terkandung dalam buah kurma seperti vitamin A, B1 dan B2, biotine, riboflatine dan banyak lagi yang memiliki peranan aktif dalam proses asimilasi makanan.[1]
Selain itu, kita juga dapat mengamati kesan pengambilan kurma seperti:
1.      Menyembuhkan penyakit kronik seperti hentikan gluten dalam usus kecil, sembelit, insomnia dan strok.
2.      Ia juga dapat menenangkan perasaan seperti yang disarankan Allah pada Maryam ibu Nabi Isa ketika melahirkannya. Penyelidikan klinikal mendapati triptofan berperanan sebagai agen antidepresi dan meningkatkan kadar kawal atur aras ketenangan dalam otak.[2]
 
 "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan.
Jadi benarlah firman Allah kelebihan kurma dalam surah Maryam ayat 26.
3.      Kurma juga digunakan Rasulullah  untuk mentahnik bayi yang baru lahir dengan cara menyuapi bayi dengan sedikit buah kurma yang dikunyah Rasulullah sambil mengurut langit-langit mulut bayi dengan lembut agar membesar dengan kuat.
4.      Kurma menjadi rahsia utama yang menyebabkan kaum muslimin senantiasa memiliki pasukan yang bertenaga untuk berperang dengan musuh-musuhnya meskipun dalam keadaan lapar yang hanya terdapat beberapa butir kurma sahaja.
5.      Kurma juga mempunyai pelbagai khasiat lain seperti cegah dari sihir. Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqqas Rasulullah bersabda
سعد عن أبيه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من تصبح كل يوم سبع تمرات عجوة لم يضره في ذلك اليوم سم ولا سحر

 “Orang yang makan tujuh butir ‘ajwah setiap hari tidak akan terkena racun atau sihir pada hari ia memakannya.[3]  


[1] Yusuf Al-Hajj Ahmad. 2009.Ensiklopedia kemukjizatan sains dalam Al-Quran dan Sunnah.Kuala Lumpur. Al-Hidayah Publication. Hlm. 759.
[2] Normadiah Daud. 2009.Kenali 15 Superfoods dalam Al-Quran. Perintis Books Sdn. Bhd. Selangor. Hlm. 20.
[3] Muhammad bin Ismail al-Bukhari.Kitab sahih bukhari. Bab Ajwah Hadis no 5025.

No comments:

Post a Comment