Photobucket
!أهلا وسهلا Ya Allah, sesungguhnya aku mulai sedar bahawa betapa berharganya nikmat nafas yg Engkau beri ini. Kerana tanpa nikmatMu ini, mgkin tdk akn ku merasai manisnya ibadahku utkMu. Ya Rahman Ya Rahim, andai ada lg rezeki bgku, ckupknlh shgga bertemunya diriku dgn pengakhiran Khusnul Khatimah. Amin.. Moga kalian dpt mengambil manfaat coretan dr blog nie..

Tuesday, December 17, 2013

PENDEKATAN DAKWAH TERHADAP ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT


Jika dilihat pada soalan temubual yang telah dijalankan kepada beberapa orang mad’u, dapat kita lihat banyak jawapan dan permasalahan yang dihadapi oleh mad’u tersebut. Antara permasalahannya ialah, kelas yang terlalu padat dan kebiasaannya habis terlalu lewat menyebabkan badan berasa letih. Maka, mereka mengambil keputusan untuk berehat ataupun tidur sebentar dan akhirnya terlepas waktu solat jumaat. Antara lain juga, terdapat juga mad’u yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke masjid. Selain itu, terdapat juga orang yang meninggalkan solat jumaat kerana terlalu asyik dengan hal dunia. Perkara-perkara seperti ini menjadi permasalahan kepada mereka untuk menunaikan solat jumaat. Jika kita lihat, terlalu ramai golongan mahasiswa dan masyarakat luar yang sering meninggalkan solat jumaat.
Pendekatan Dakwah yang boleh diambil
Terdapat banyak alasan dan masalah bagi orang yang meninggalkan solat jumaat. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng dan jika dibiarkan akan menjadi barah dalam kehidupan masyarakat hari ini. Antara pendekatan yang boleh diambil mengenai perkara ini ialah:
1.      Mengurangkan kelas pada hari jumaat. Pendekatan ini sangat penting untuk diambil kerana majoriti mad’u mempunyai kelas yang padat pada hari jumaat. Seharusnya, pihak yang bertanggungjawab memberi ruang kepada pelajar mahupun pensyarah untuk menunaikan solat jumaat. Terdapat juga kelas yang jarak waktunya sangat dekat dengan waktu solat jumaat. Hal ini akan menyukarkan pelajar atau pensyarah sendiri untuk bersiap-siap bagi menunaikan solat jumaat. Perkara ini menjadi punca utama bagi kebanyakan mad’u yang meninggalkan solat jumaat. Mereka merasa letih untuk pergi menunaikan solat jumaat ekoran kelas yang padat. Maka pendekatan dengan mengurangkan kelas pada hari jumaat sangat wajar untuk diadakan bagi memudahkan pelajar dan juga kakitangan bersiap sedia untuk menunaikan solat jumaat. Hal ini sekurang-kurang dapat menghapuskan alasan golongan yang meninggalkan solat jumaat dengan alasan kelas yang terlalu banyak dan sebagainya.
2.      Uslub mauizah hasanah dapat dilakukan menggunakan teknik seperti pidato dan ceramah yang berunsur nasihat dan pengajaran yang baik. Sebagai contoh memberi kefahaman yang mantap dengan menyatakan kewajipan melakukan solat Jumaat sebagaimana kefardhuan melakukan solat fardu 5 waktu sehari semalam. Selain itu, kami juga turut memberi peringatan kepada mereka tentang kematian yang boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Firman Allah

Wahai orang-orang yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat)..
(Jumuah:63,9)

Seterusnya, menyatakan janji baik dan ganjaran pahala Allah kepada hambanya yang taat perintahnya.
Wahai orang-orang yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
                                                                                                                        (Jumuah:63,9)

Aktiviti urusniaga yang berjalan seperti restoran, kedai-kedai alat tulis dan buku perlu ditangguhkan terlebih dahulu. Bagi peniaga dan pekerja dijanjikan rezeki yang luas sekiranya meninggalkan perniagaan demi menyahut seruan melakukan solat Jumaat . Firman Allah

Maksudnya:
 dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya Dengan meninggalkan Engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:" pahala - balasan) Yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
                                                                                                                        (Jumuah:63,11)

Ayat ini jelas menerangkan kepada kita bahawa apabila berkumandangnya azan, tangguhkan segala urusan jual beli dan pergi menunaikan solat jumaat bagi golongan yang difardhukan solat jumaat. Para ulama bersepakat bahawa urusan jual beli perlu ditangguhkan apabila berkumandangnya azan kedua. Bagi wanita pula, mereka boleh untuk berurusniaga, tetapi hanya sesama wanita sahaja. Pada hari ini dapat kita lihat, peniaga itu sendiri tamak untuk mendapatkan keuntungan. Mereka tidak sanggup untuk meninggalkan perniagaan mereka dan tidak mengutamakan solat jumaat kerana pada waktu itu merupakan waktu puncak iaitu waktu tengahari dan ramai pelajar mahupun pensyarah atau kakitangan yang ingin mengisi perut mereka dan sebagainya. Maka pendekatan yang perlu diambil adalah pihak universiti perlu mengadakan peraturan dengan menetapkan bahawa pihak peniaga perlu menutup atau menangguhkan perniagaan mereka sebelum azan pertama berkumandang. Perkara ini bagi memudahkan para peniaga dan para pelajar bersiap sedia untuk pergi menunaikan solat jumaat. Dengan pendekatan ini mungkin dapat mengurangkan kadar golongan yang meninggalkan solat jumaat.

3.      Masalah tidak mempunyai kenderaan untuk ke masjid ataupun kolej terlalu jauh dan sebagainya. Jika dilihat, pihak universiti telah memperuntukkan bas bagi pelajar lelaki untuk ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. Perkara ini hanyalah dijadikan alasan bagi mereka untuk tidak menunaikan solat jumaat. Namun, sebagai seorang da’ie, kita boleh mengambil pendekatan dengan berbuat baik terhadap mereka dan ‘slow talk’ dengan mengajak mereka untuk menunaikan solat jumaat. Jika kita mempunyai kenderaan seperti motor atau kereta, boleh untuk kita mengajak golongan ini untuk pergi bersama-sama ke masjid. Dengan itu mereka tidak dapat menggunakan alasan tidak mempunyai kenderaan dan sebagainya. Selain itu, kita sebagai da’ie, perlulah mendekati mereka dan cuba untuk memahami situasi mereka dan mengapa mereka tidak menunaikan solat jumaat. Sediakan jawapan-jawapan yang boleh mematahkan alasan mereka disamping mengajak mereka untuk menunaikan solat jumaat. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada mad’u itu sendiri.

4.      Jika dilihat pada pengetahuan mad’u mengenai solat jumaat, majoritinya tahu tentang hukum meninggalkan solat jumaat. Mereka mengetahui bahawa meninggalkan solat jumaat merupakan suatu dosa. Maka, pendekatan yang boleh diambil adalah da’ie perlu mendekatkan diri dengan golongan ini serta menceritakan lebih lanjut dan mendalam mengenai hukum orang yang meninggalkan solat. Selain itu, seorang da’ie boleh memuji seseorang mad’u itu kerana mengambil tahu tentang hukum solat. Namun, diselitkan juga nasihat dan dorongan untuk mereka menunaikan solat jumaat. Kadang-kadang mereka mempunyai niat untuk menunaikan solat jumaat, tetapi mungkin terdapat perkara-perkara yang menyebabkan mereka meninggalkannya. Para da’ie perlu memahami mad’u dan menceritakan kemungkinan-kemungkinan yang bakal dihadapi di kemudian hari. Da’ie boleh mengingatkan serta bercerita mengenai kebaikan-kebaikan solat jumaat dan mengapa diwajibkan solat jumaat keatas kita.

5.      Seterusnya, pendekatan lain yang boleh diambil adalah, da’ie itu sendiri perlu mengenal pasti golongan yang meninggalkan solat jumaat dan melakukan pendekatan dari sudut Emosi iaitu melalui nasihat yang baik dan menuturkan kata-kata yang lunak, mesra dan menampilkan sikap lemah-lembut. Cara ini menepati dengan gaya Rasulullah sebagaimana firman Allah

Maksudnya:
maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
                                                                                                            (Imran:3,159)
Kadang-kadang kita tidak perlu melihat jauh, berkemungkinan juga orang yang berhampiran dan dekat dengan kita adalah antara golongan yang meninggalkan solat jumaat. Maka, kenal pasti golongan ini dan dekati mereka dengan pelbagai cara. Terdapat golongan yang tidak pernah menunaikan solat jumaat, maka pendekatan dakwahnya berlainan dengan golongan yang sekali sekala meninggalkan solat jumaat. Di sini pendakwah perlu bijak dalam mempengaruhi situasi seseorang mad’u. Terdapat sesetengah mad’u yang anti melihat golongan pendakwah kerana bagi mereka golongan pendakwah ini suka menjaga tepi kain orang lain. Maka, golongan seperti ini kita perlu didekati dengan perlahan-lahan dengan menunjukkan sikap yang baik dan berhikmah. Di dalam dakwah juga, hikmah itu penting bagi seorang pendakwah. Dengan berdakwah secara berhikmah dapat menarik mad’u untuk mendengar apa yang hendak disampaikan oleh da’ie.

6.      Uslub Mujadalah adalah satu kaedah menyampaikan mesej dakwah secara berbahas dan berbincang dengan para mad’u. Melalui pendekatan dakwah ini, kami telah berjumpa dengan beberapa mad’u kami yang sengaja meninggalkan solat jumaat secara sengaja walhal mereka tahu bahawa solat jumaat itu adalah wajib bagi mereka. Melalui pendekatan ini, kami telah berhujah kepada mereka bahawa tindakan mereka ini adalah salah di sisi agama dan menasihatkan mereka agar mengambil berat akan hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah.
7.      Pendekatan dari sudut Emperikal iaitu cara didikan amali. Pendakwah boleh menggunakan cara berjalan-jalan dengan rakan pada hari jumaat dan apabila tiba waktu solat pendakwah terus memandu menuju ke masjid. Maka secara tidak langsung mad’u tersebut akan turut menunaikan solat Jumaat. Sekiranya mad’u tersebut enggan, perlulah diulangi sehingga 40 hari akhirnya ianya akan menjadi tabiat yang baik.
8.      Selain itu, pihak masjid perlu melakukan aktiviti seharian bermula pada waktu pagi hari Jumaat   bagi menggalakkan hadirin muslim melakukan solat Jumaat.
9.      Pihak berwajib seperti jawatankuasa masjid dan persatuan pelajar atau dari individu perlu mengedar risalah tentang pensyariatan solat Jumaat dan hukum meninggalkannya serta risalah-risalah atau pengisian khutbah Jumaat  mengenai Islam bagi menarik minat individu. Uslub ini disarankan oleh Rasulullah saw sabdanya “Permudahkanlah dalam urusan agama dan jangan kamu menyusahkan dan khabarkanlah berita gembira dan jangan kamu menjadikan mereka lari (dari Islam)”.
10.  Uslub Sindiran ditujukan kepada kemaksiatan yang berterusan melakukan. Oleh sebab ada dalam kalangan mad’u kami yang sering meninggalkan solat jumaat secara sengaja bahkan memandang enteng akan perkara ini, kami menggunakan kaedah ini dalam berdakwah kepada mereka agar mereka sedar dan kembali ke pangkal jalan.


TamaDun Islam Tamadun Asia

KESULTANAN GUJERAT    (806-980 / 1391-1583 )

PENDAHULUAN
Kesultanan Gujerat merupakan salah satu warisan peradaban Islam di India. Keberadaan kerajaan ini telah menjadi motivasi kebangkitan baru bagi peradaban tua di anak benua India yang nyaris tenggelam. Sebagaimana diketahui, India adalah suatu wilayah tempat tumbuh dan berkembangnya peradaban Hindu. Dengan hadirnya Kerajaan- kerajaan Mughal, Delhi maka dari situ lahirnya kerajaan yang hebat walaupun hanya selama 200 tahun tetapi ia menunjukkan Islam pernah mempunyai kuasa hebat di Gujerat.  Implikasi daripada kejatuhan kuasa Kesultanan Gujerat ini maka kejayaan India dengan peradaban Hindunya yang nyaris tenggelam, kembali muncul.
Di kalangan masyarakat Arab, India dikenali sebagai Sind atau Hind. Sebelum kedatangan Islam, India telah mempunyai hubungan perdagangan dengan masyarakat Arab. Pada saat Islam hadir, hubungan perdagangan antara India dan Arab masih diteruskan. Akhirnya India pun perlahan-lahan bersentuhan dengan agama Islam. India yang sebelumnya berperadaban Hindu, sekarang semakin kaya dengan peradaban yang dipengaruhi Islam.
Islam menjadi agama kedua terbesar di Tamadun IndiaAntara kerajaan-kerajaan Islam yang wujud di India ialah Kesultanan Gujerat, kerajaan Sabaktigin, kesultanan Delhi, kerajaan Ghori, kerajaan Khilji, kerajaan Tughluq, Kesultanan Moghul, Humayun, Akbar, Jahangir dan Aurangzeb. Kedatangan Islam ke India melalui beberapa cara antaranya melalui hubungan perdagangan , penyebaran Islam yang berlaku secara tidak langsung, penyebaran Islam oleh pedagang Arab dan hubungan secara terus iaitu penaklukan Sind oleh Muhammad al Qasim(713M). Melalui penaklukan orang Islam berbangsa Turki, Afghan dan Monggol, Mahmud al Ghaznawi serta angkatan tentera telah menyerang sekitar tahun antara 1008-1026M. .

Sejarah mencatat raja Hindu sudah ditakluk oleh Allauddin Khilji iaitu beliau seorang pemimpin dari bangsa Turki-Afghan, pada tahun 1297. Namun Islam diyakini telah sampai disana enam abad sebelumnya. Sama seperti kedatangan umat Islam di Malabar dan di Kerala, Islam juga telah mulai tersebar di Gujerat. Pedagang dari Semenanjung Arab sudah melakukan pelayaran di wilayah pantai Gujarat. Pedagang Arab ini menjadi Muslim pertama yang tiba di Gujarat sejak tahun 15 Hijrah bersamaan 635 Masihi ketika gabenor Bahrain mengirimkan ekspedisi ke Thana dan Bhaurch. Jalinan hubungan dengan Islam berlanjutan selama beberapa abad dalam bentuk serangan, perdagangan, dan penghijrahan. Ahli sejarawan iaitu Alwi Shahab menyatakan bahawa Gujarat adalah pelabuhan singgah bagi hubungan awal bangsa Arab dengan Indonesia yang terjadi sekitar abad ke-4 Masihi. Ketika itu, pedagang dari Handramaut berlayar ke Nusantara dan singgah di Gujarat. Mereka membina perkampungan yang oleh orang India dinamakan ‘Arabito’.
Sebagai bukti, Muhammad Ali Jinnah adalah seorang yang telah mengasaskan negara Islam di Pakistan. Beliau merupakan seorang yang berasal dari Gujarat. Seni Islam dapat kita temui dengan jelas melalui ibu kota Gujarat iaitu Ahmedabad. Kota yang terletak di tepi sungai Sabarmati itu didirikan oleh Sultan Ahmad Shah I pada 1411 sebagai ibu kota Kesultanan Gujarat. Kata “Ahmad” bagi kota ini berkait dengan  visi Sultan yang waktu itu mendapat ilham bahawa kota itu harus didirikan oleh empat orang bernama Ahmad yang tidak pernah meninggalkan solat lima waktu. Maka, dicarilah empat orang bernama Ahmad itu sehingga berkumpullah Sultan Ahmad Shah I, Sheikh Ahmad Khattu dari Sarkhez, Qazi Ahmad Jod dari Patan, dan Malik Ahmad. Mereka berempat datang bersama dan mendirikan kota tersebut.
Profesor Imtiaz Ahmed, dari Jarwaharlal Nehru University di Delhi menyebut Gujarat sebenarnya memiliki tradisi toleransi yang kuat. Sultan Ahmad Shah bahkan mengahwini seorang puteri Hindu. Masjid yang ia dirikan juga memasukkan unsur-unsur Hindu. Muslim Gujarat sendiri bukanlah pendatang kerana mereka adalah “mualaf’ yang memeluk Islam. Jadi darah mereka dalah darah India juga.
Tahun 1593, Raja Mughal Akbar menaklukkan Gujarat, dan Gujarat yang tergabung dalam Kerajaan Mughal selama dua abad. Setelah kematian Raja Mughal Aurangzeb, pada tahun 1707, pemerintah Mughal mulai melemah hingga akhirnya Gujarat jatuh kepada Inggeris di akhir abad ke-19.
SEJARAH AWAL GUJERAT
Gujerat merupakan sebuah negeri yang terletak dibawah naugan India. Ia berada di barat India. Sejarah Gujerat, bermula dengan penempatan Tamadun Lembah Indus yang telah ditemui di rantau ini. Dengan penemuan tapak Harappa besar Dholavira di Daerah Kutchh, sejarah Gujarat dikatakan telah muncul sebagai sebuah kerajaan sejak5000 SM. Lothal merupakan sebuah Bandar di Harappa yang terawal telah dibina pada tahun 3000 SM dan ianya merupakan sebuah pelabuhan tertua terkenal di dunia pada masa itu. Pada waktu itu, bandar-bandar di pantai Gujarat seperti Bharuch, berfungsi sebagai pelabuhan dan pusat perdagangan di Nanda, Maurya, Satavahana, Empayar Gupta dan Kshatrapas Barat. Namun, selepas kejatuhan Empayar Gupta kerana diperintah secara ringkas oleh Harsha pada abad ke-6, Gujarat telah berkembang sebagai Hindu / Buddha yang bebas negeri.
Pada tahun 1025 masihi, Mahmud Ghaznawi telah menyerang Gujerat dan dihancurkan berhala Sumenat yang dimegah-megah oleh penduduknya. Tujuan Mahmud melakukan demikian kerana beliau ingin menegakkan kalimah Tauhid di seluruh India dan menghilangkan pengaruh menyembah berhala. Mahmud merupakan anak kepada Sabaktakin iaitu Raja daripada Kerajaan Sabaktakin. Ianya sebuah kerajaan kecil dibawah perlindungan Kerajaan Bani Saman yang mana pada asalnya ia diasaskan oleh Alp Takin. 

Manakala pada abad pertengahan, wilayah daerah Gujerat yang terletak di pantai barat India yang terdiri daripada kedua-dua bahagian tanah besar telah berhubung dengan timur Rann dengan Cuthchc (Kachh) sehingga semenanjung Kathiawar. Hal ini  kerana ianya saling berkaitan kepentingan untuk perdagangan dan maritime dengan negara lain di Lautan India. Didapati bahawa Gujerat adalah antara wilayah yang kaya. Maka pada akhir abad ke-14 Gujerat telah diperintah oleh gabenor Kesultanan Delhi kerana kuasa kesultanan mereka yang lemah sehingga tahun 793/1391 iaitu pemerintah terakhirnya Tughluqid Muhamad 4 yang memerintah di utara India pada masa itu. (Bossworth, Clifford Edmund,  :312)
Kerajaan Gujarat telah ditubuhkan pada 1396. Farhat-ulMulk, yang telah dilantik sebagai Gabenor wilayah oleh Firuz Shah. Pada tahun 1391,  Muhammad Shah iaitu anak bongsu Firuz, dilantik Zafar Khan kepada kerajaan Gujarat dan menghantar beliau untuk menubuhkan pihak berkuasa di sana. Gabenor baru adalah anak Rajput yang baru masuk Islam iaitu Wajih-ul-Mulk Didwana seorang Gabenor Nagaur. Pada 4 Januari 1392, Farhatul-Mulk dikalahkan sehingga mati akibat cedera di Gambhu yang terletak  lapan belas batu di selatan Patan.

Kemudian berlaku pemecatan Delhi. Maka, Gujarat Rajput Muslim iaitu gabenor Zafar Khan Muzaffar menegaskan untuk menuntut kemerdekaan Gujerat. Lantaran itu, akhirnya Gujerat bebas merdeka daripada taklukan Kesultanan Delhi pada 1391 dan  diperintah oleh Zafar Khan atau Sultan Muzaffar Shah I sehingga tahun 1403.

Kawasan pemerintahan Gujerat sebelum kemerdekaan
Empayar Gurjara di Pratihara telah diperintah Gujarat pada abad ke 8 hingga abad ke-10. Pada tahun 775 pertama Parsi (Zoroaster) pelarian telah tiba di Gujarat dari Iran
Semasa abad ke-10, Dinasti Solanki merupakan puak yang diperintah Gujerat. Solanki dipercayai berasal daripada Chalukya dinasti purba. Dinasti Solanki diperintah Gujarat pada tahun 960-1243 dan dibawah Dinasti Solanki itu, Gujerat telah menjadi pusat utama perdagangan di Lautan Hindi.

Nama Pemerintah Gujerat
1391-1403       ZafarKhan(ShamsudDin Muzaffar Shah I)- pemerintahan kali pertama
1403 – 1404    Tatar Khan (NasirudDin Muhammad Shah I)
1404 - 1411     Zafar Khan(ShamsudDin Muzaffar Shah I )   -pemerintahan kali ke-2
1411 – 1443    Ahmad Khan    (Nasir -ud- Din Ahmad Shah I)      
1443 - 1451     Karim Khan (Muizz -ud- Din Muhammad Shah II)
1451 - 1458     Jalal Khan (Qutb -ud- Din Ahmad Shah II)
1458                Dawood Khan (Dawood Shah)
1458 - 1511     Fath Khan (Nasir -ud- Din Mahmud Shah I( Mahmud Begada )
1511 - 1526     Khalil Khan (Shams -ud- Din Muzaffar Shah II)
1526                Sikandar Khan (Sikandar Shah)
1526                Nasir Khan (Nasir -ud- Din Mahmud Shah II)
1526-1535       Bahadur Khan (Qutb -ud- Din Bahadur Shah) - pemerintahan kali pertama
1535 – 1536    PeralihanEmpayarMughal :
1536-1537       Bahadur Khan (Qutb -ud- Din Bahadur Shah)-pemerintahan kali ke-2
1537                (Miran Shah Muhammad Shah III)
1537 - 1554     Mahmud Khan (Nasir -ud- Din Mahmud Shah III)
1554 - 1561     Ahmad Khan (Ghiyas -ud- Din Ahmad Shah III)
1561-1573       (Shams -ud- Din Muzaffar Shah III)
Hubboo atau Nannu atau Nathu (waris mengikut sejarah Mughal )
1573 – 1583    PeralihanEmpayar Mughal
1583                (Shams -ud- Din Muzaffar Shah III)
1583                PeralihanEmpayar Mughal

Sejarah Pemerintah Kesultanan Gujerat
1391-1403       Sultan Muzaffar Shah I
Namanya ialah Zafar Khan merupakan gabenor Gujerat dibawah Kesultanan Delhi (Wikipedia). Seorang yang adil dan panglima tentera yang hebat. (MS 61) Baginda mengiktiraf kebesaran diraja dengan membawa gelaran Shah.
Cucu baginda iaitu Ahmad Shah dilantik sebagai pemerintah di Ahmedabad. Semasa pemerintahan Baginda Sultan Muzaffarid, daerah Ahmedabad yang diperintah oleh Sultan Ahmad Shah I telah berkembang menjadi salah satu bandar terkaya didunia. Sultan-sultan adalah penaung seni bina yang tersendiri dimana terdapat unsur-unsur Islam dicampur dengan Gujarat Hindu asli dan Jain pada tradisi seni bina Gujerat. 
Zafar Khan telah bersiap sedia untuk berarak ke Delhi apabila dia telah terhalang dengan tanda bahawa akan berlaku pencerobohan di Timur, dan menumpukan seluruh perhatiannya kepada kempen menentang kerajaan Rajput di Idar, yang lemah pada 1400. 
Kesultanan baru telah disatukan oleh cucu kepada pengasas Kesultanan Gujerat ini iaitu Sultan Ahmad Shah 1, yang telah banyak memerintah dan menyertai banyak peperangan menentang Raja-raja Hindu di Gujerat dan Rajputana serta terhadap sesama Raja Muslim iaitu Malwa, Khandesh dan Deccan. (Bossworth, Clifford Edmund,  :312)

1403-1404       Tatar Khan (NasirudDin Muhammad Shah I)

Nama sebenar beliau ialah Tatar Khan. Beliau adalah anak kepada Zafar Khan yang juga digelar sebagai Sultan Muzaffar Shah I. (Bayley, 1970:61) Pada tahun 1403, Tatar Khan berselisih faham dengan ayahndanya untuk pergi ke Delhi tetapi dibantah oleh ayahndanya. Lantaran dari itu, Tatar Khan bertindak mengurung ayahnya dan mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Gujerat yang membawa gelaran Muhammad Shah. Kemudian, beliau meneruskan perjalanan ke Delhi namun ketika dalam perjalanan, Baginda Muhammad Shah I ini telah diracun oleh pak ciknya sendiri iaitu Shams Khan. Maka, selepas kematian Sultan Muhammad Shah I, Sultan Muzaffar Shah telah dibebaskan dari penjara dan akhirnya beliau mentadbir semula pengurusan kerajaan Gujerat.

1404 - 1411     Zafar Khan (ShamsudDin Muzaffar Shah I )   -pemerintahan kali ke-2
Maka, selepas kematian Sultan Muhammad Shah I, Sultan Muzaffar Shah telah dibebaskan dari penjara dan akhirnya Baginda mentadbir semula pengurusan kerajaan Gujerat. Lantas, Zafar Khan mengisytihar kembali dirinya sebagai Sultan Muzaffar Shah I. Sebagai buktinya dapat dilihat bukti kekayaan dinasti kesultanan baginda pada masa itu pada duit syiling yang tercatat nama baginda. Baginda Sultan Muzaffar Shah I terus memerintah Gujerat sehingga hembusan nafasnya terakhir pada tahun 1411. Sepanjang kejayaan pemerintahan baginda, cucunya iaitu Ahmad Shah banyak membantu dalam segala aspek.



1411 – 1443    Ahmad Khan  (Nasir -ud- Din Ahmad Shah I)
Baginda adalah cucu kepada Zafar Khan atau digelar Sultan Muzaffar Shah I). Baginda seorang yang tegas dan adil. Beliau bukan sekadar pengasas kerajaan tetapi pemerintah Gujarat yang hebat dan sangat masyhur.(Bayley, 1970:61) Pada awal pemerintahannya, beliau mengasaskan bandar Ahmadabad , bagi menggantikan Anahilwara ketika era pemerintahan datuknya Sultan Muzaffar Shah I. (Bossworth, Clifford Edmund,  :313)
Ahmad Shah I adalah Sultan Gujerat yang ke 3  dimana beliau mewarisi takhta daripada Sultan Muzaffarid yang bermula pada tahun 1411 sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1443. Baginda Sultan Muzaffarid telah menemui Ahmad Shah I dan digelar sebagai Sultan Ahmedabad lantas ditabalkan sebagai sultan Gujerat.
Sebaik sahaja beliau menaiki takhta didalam kesultanan Gujerat pada tahun 1411, Sultan Ahmad Shah terpaksa menghadapi satu pemberontakan yang dilakukan oleh pak ciknya sendiri yang diketuai oleh pak ciknya yang paling tua iaitu Fairuz Khan lantas terus mengiktiraf dirinya sendiri  sebagai sultan. akhirnya Fairuz Khan dan abangnya telah menyerah diri kepada Sultan Ahmad Shah I ini.  Dalam pemberontakan itu, Sultan Hoshang Shah bagi Malwa telah membuat pemberontakan ketika pemberontakan oleh pak ciknya iaitu Fairuz Khan dahulu tetapi Sultan Hoshang Shah ini sekali lagi berusaha untuk menceroboh kembali Gujerat pada tahun 1417 bersama Nasir Khan yang daripada Dinasti Faruqi dibawah pemerintahan  Khandesh, Sultanpur dan Nandurbar. Tentera Gujerat dikalahkan mereka namun tidak lama kemudian Sultan Ahmad Shah I menyerang kembali dengan mengetuai 4 ekspdisi ke Malwa pada tahun 1419, 1420, 1422 dan 1438.    
Pada tahun 1429, Kanha, raja Jhalawar dibantu oleh Bahmani Sultan Ahmad Shah I menjatuhkan Nandurbar. Akan tetapi tentera Ahmad Shah ditewaskan tentera Bahmani dan mereka melarikan diri ke Dulatabad. Bahmani Sultan Ahmad Shah kemudiannya menghantar bantuan tentera dan tentera Khandesh turut menyertai mereka. Sekali lagi mereka Berjaya menewaskan tentera Gujerat. Akhirnya, Sultan Ahmad Shah Berjaya merampas kembali Thana dan Mahim daripada kerajaan Bahmani.  Pada tahun 1443, Sultan Ahmad Shah I telah mangkat dan kejayaannya diwarisi dan diteruskan oleh anak sulungnya Muizzuddin Muhammad Shah.

1443-1451       Karim Khan (Muizz -ud- Din Muhammad Shah II)
Sultan Muhammad Shah merupakan anak kepada Sultan Ahmad Shah I. Beliau mewarisi takhta selepas mangkatnya ayahndanya. Beliau mula mengetuai kempen menentang Idar dan memaksa  pemimpinya iaitu Raja Hari Rai untuk berada dibawah pemerintahannya. Beliau kemudiannya menuntut penghormatan daripada Rawal Dungarpur. Pada 1449, beliau menyertai perbarisan bagi menentang Champaner tetapi pemerintah Champaner pada masa itu iaitu Raja Kanak Das telah dibantu oleh Sultan Malwa Mahmud Shah Khilji bagi memaksa tentera Sultan Muhammad Shah ini untuk berundur. Dalam perjalanan pulang, Sultan Muhammad Shah sakit tenat dan mangkat pada Febuari tahun 1451. Selepas kematiannya, kejayaannya diwarisi oleh anaknya Qutb-ud-din Ahmad Shah II.

1451 - 1458     Jalal Khan (Qutb -ud- Din Ahmad Shah II)
Pada 13 februari tahun 1451, beliau merupakan anak sulung kepada Sultan Muhammad Shah III telah menaiki takhta bagi menggantikan ayahnya dan meneruskan undang-undang yang telah dilakukan oleh warisan nenek moyangnya dahulu. Mahmud Khalji menyerang beliau kerana untuk merebut peluang menakluk Gujarat, dan selepas kembali ke Mandu dipasang tentera 100,000 kuda dan 500 ekor gajah, dan menyerang daerah Nandurbar itu. (Bayley:1970,135-137)
Pada malam April 1, 1451, Mahmud Khalji meninggalkan kem dengan membuat serangan malam di Qutbuddin, tetapi rancangannya gagal kerana musuh dapat menghidu kehadiran mereka. Pada saat pertempuran yang kritikal, tentera besar Malwa telah dikalahkan, dan Mahmud melarikan diri, meninggalkan lapan puluh satu gajah dan semua peralatan ketenteraannya dirampas. 
Sultan Qutbuddin Ahmad Shah II ini adalah seorang lelaki muda mempunyai kesihatan yang baik  tetapi kematiannya secara tiba-tiba membangkitkan syak wasangka daripada racun. Kemungkinan beliau telah ketagih minuman keras, dan apabila di bawah pengaruh khayal minuman keras itu dapat mempercepatkankematiannnya. Kecurigaan kerana tiba-tiba beliau jatuh ke atas isterinya yang merupakan anak perempuan kepada Shams Khan dari Nagaur, disyaki telah terlibat dalam pembunuhan suaminya itu hasil daripada hasutan Daud Khan yang menghasut anak perempuanya untuk mengenakan racun kepada suaminya dengan harapan untuk berjaya ke takhta Gujarat.(Bayley, 1970:158)

1458                Daud Khan (Daud Shah)
Beliau merupakan saudara kepada Sultan Qutb-ud-Din Ahmad Shah II. Pada 3 hari selepas mangkatnya Sultan Ahmad Shah II, beliau berjaya menaiki takhta Gujerat dengan membawa gelaran Sultan Daud Shah. Beliau dikatakan telah berusaha untuk merampas takhta sebagai Burhan-ul-mulk walaupun takhta tersebut masih dipegang oleh Sultan Ahmad Shah II ketika masih hidup. Sultan Daud Shah hanya memegang tampuk pemerintahan sebagai sultan hanya 7 hari sahaja. Hal ini kerana beliau telah diusir oleh para bangsawan, menteri dan rakyatnya sendiri. Rakyatnya mahukan Fateh Khan yang menaiki takhta istana diraja Bhadar itu. (Bayley, 1970:159-160)

1458 - 1511     Fath Khan (Nasir -ud- Din Mahmud Shah I( Mahmud Begadha )
Selepas kematian Sultan Qutb-ud-din Ahmad Shah II pada tahun 1458, para bangsawan memilih pak cik beliau Daud Khan menaiki takhta. Akan tetapi, dalam jangka masa singkat selama 7 hari atau 27 hari para bangsawan telah memecat Daud Khan dan melantik beliau  Fath Khan iaitu anak kepada Sultan Muhammad Shah II  menaiki takhta. Fath Khan sepanjang pemerintahannya mengambil gelaran Abu-al-Fath Mahmud Shah tetapi beliau dan lebih dikenali dengan nama Sultan Mahmud Begadha. Sultan Mahmud Begadha menerima gelaran Begadha, dimana secara umumnya ia bermaksud “menawan 2 kubu”. Ianya berikutan  kejayaan Sultan Mahmud  Shah I ini berjaya menawan kubu Girnar dan Champaner yang kini dinamakan Mahmudabad. Kesultanan Gujerat telah mencapai kemuncak perkembangannya dibawah pemerintahan beliau dimana empayar kekuasaan Gujerat telah meluas sehingga ke timur India di Malwa dan daerah Barat India di Teluk Kutch.  Beliau terkenal sebagai seorang pemerintah yang sangat hebat dan dikenali diseluruh Asia.
Menjelang akhir pemerintahan Mahmud, muncul faktor baru dalam politik India Barat, yaitu Portugis. Portugis telah mengalihkan banyak perdagangan di Lautan barat India ke tangan mereka dan memberikan jalan simpang bagi pedagang Mesir dan Gujarat. Karena hal inilah, Mahmud bersekutu dengan Sultan Mesir pada tahun 1508. Pada tahun 1509, Albuquerque seorang wizurai Portugis telah membawa kapal tentera yang banyak dan muatannya dipenuhi senjata besar dan canggih. Kesannya Mahmud Begadha menderita pada pertempuran itu sehingga menyebabkan beliau terpaksa menyerahkan kawasannya di Diu kepada Portugis untuk membina kubu disana. (S.F. Mahmud,1959:168)
Selama 55tahun pada pemerintahan Ahmud Begra ini (862-917/1458-1511) adalah pemerintahan yang terbesar dalam sejarah Kesultanan Gujerat itu. Kempen menentang raja-raja Hindu yang dipimpin dan lain-lain. (Bossworth, Clifford Edmund, :313) Akhirnya, Sultan Mahmud Shah I atau dikenali Sultan Mahmud Begadha mangkat pada 23 November 1511. Khalil Khan menyambung warisan takhta dari ayahndanya. 

1511 - 1526     Khalil Khan (Shams -ud- Din Muzaffar Shah II)
Khalil Khan adalah anak kepada Sultan Mahmud Shah II (Sultan Mahmud Begadha) dan beliau menyambung warisan takhta dari ayahndanya dengan membawa gelaran Sultan Muzaffar Shah II. Pada 1519, Rana Sanga telah menyerang dengan dibantu  oleh tentera Malwa terhadap Kesultanan Gujerat dan telah menculik Mahmud Shah II dijadikan sebagai tawanan mereka. Sultan Muzaffar Shah II telah menghantar tentera ke Malwa tetapi perkhidmatan mereka tidak diperlukan sebagai Rana Sanga untuk menebus Mahmud II kembali menaiki takhta. Akhirnya Sultan Muzaffar Shah II mangkat pada 5 April 1526 dan takhta kejayaannya diwarisi oleh anak sulungnya iaitu Sikandar. 

1526-1535       Bahadur Khan (Qutb -ud- Din Bahadur Shah) - pemerintahan kali pertama.
Beliau merupakan cucu kepada Sultan Mahmud Begadha. Beliau juga sepanjang pemerintahannya menghadapi Portugis yang telah membentuk petempatan di kawasan terkaya di Gujerat iaitu Diu, sebuah  kawasan pantai Gujarat berpangkalan di Goa untuk memudahkan tentera Portugis ini mengembangkan kuasa mereka di India. Semasa pemerintahannya, beliau berjaya membina kubu di Chittor tetapi telah berlaku persengketaan dengan Humayun. Lantaran itu, Gujarat berada di bawah tekanan dari Empayar Mughal yang berada pada kekuasaan maharaja Babur (meninggal dunia 1530 ) dan Humayun.  (S.F. Mahmud,1959:169)
Sebelum perlantikan beliau sebagai pemerintah Gujerat, beliau telah melalui pelbagai detik yang sukar daripada keluarganya sendiri. Beliau mempunyai abang yang bernama Sikandar Shah. Ayah mereka iaitu Sultan Muzaffar Shah II telah melantik Sikandar Shah sebagai pewaris takhtanya. Hubungan beliau dengan abang dan ayahnya semakin renggang semenjak abangnya berkuasa penuh dalam mengawal pentadbiran Negara. Bapa Bahadur Shah iaitu Shams -ud -Din Muzaffar Shah II , yang telah naik ke takhta Gujarat Kesultanan pada tahun 1511 . Muzaffar Shah II mencalonkan Sikandar Shah (adik Bahadur Shah tua ) sebagai pewaris takhta. Hubungan Bahadur Shah bersama abang dan bapanya menjadi tegang seperti Sikandar Shah mula mengambil alih kuasa pentadbiran. Disebabkan bimbang akan hidupnya, Bahadur Shah melarikan diri Gujarat, pada awal pelariaannya, beliau mendapat perlindungan daripada Chittor kemudian dengan Ibrahim Lodi . Beliau tetap hadir di Pertempuran Panipat , walaupun dia tidak mengambil bahagian dalam pertempuran itu. Apabila beliau menerima berita kematian bapanya pada April 5, 1526 beliau segera pulang ke Gujarat dan hampir semua bangsawan kecuali pembunuh abangnya yang sulung Sikandar , yang hanya berpihak kepada beliau . Pembangkang telah ditindas dengan serta-merta dan mereka telah dihukum. Pada waktu itu, Sultan Bahadur Shah ingin mencari pembunuh ayahnda dan abangnya. Selepas Bahadur Shah berpaling menentang saudara-saudaranya , saingan terdekatnya Latif telah cedera teruk dalam suatu tindakan, dipenjarakan lalu mati. Mahmud II , anak daripada Sikandar Shah  dan tiga lagi raja telah mati diracun. Hanya satu daripada adiknya, Chand Khan terselamat , kerana beliau mempunyai perlindungan di mahkamah Malwa dan Sultan Mahmud II Malwa enggan menyerahkannya kepada Bahadur Shah. 

·         Peperangan dengan Ahmednagar dan Malwa
Selepas Bahadur menaiki takhta pada tahun 1526 , beliau telah diminta oleh raja-raja Khandesh dan Berar untuk menyerang Ahmednagar Kesultanan . Dalam 1528 , Bahadur melabur kubu Daulatabad , tetapi kemudian dia terpaksa menarik diri kerana tentangan sengit meletakkan oleh tentera Ahmadnagar itu. Tahun depan, dia sekali lagi memulakan kempen dan mengatasi tentangan hebat lagi mengepung Daulatabad . Pada ketika ini, salah satu sekutu beliau , pemerintah Berar mengkhianati beliau dan pergi ke Bidar . Akhirnya, kedua-dua raja-raja dan Ahmadnagar Berar dipaksa untuk menandatangani perjanjian menghina. Seterusnya, Bahadur menyerang Malwa , Mahmud II literal tidak membuat sebarang rintangan dan pada 28 Mac 1531 Mandu jatuh kepada tentera Bahadur ini . Malwa telah dilampirkan ke dalam kerajaannya.
·         Penglibatan pertama dengan Portugis
Walaupun , Bahadur telah terlibat dalam pengepungan Mandu , armada Portugis yang kuat belayar dari Bombaim , yang diketuai oleh Nuno da Cunha. Pada 7 Februari 1531 armada mencapai berhampiran pulau Bet Shiyal , yang mereka ditangkap diatasi walaupun tentangan yang kuat . Pada 16 Februari 1531 mereka mula membedil Diu tetapi tidak boleh berjaya untuk mengenakan apa-apa kerosakan yang ketara kepada benteng itu. Pada 1 Mac 1531 Nuno da Cunha berlepas ke Goa , meninggalkan seorang pegawai bawahan , yang secara teratur memusnahkan Mahuwa , Gogo , Bulsar , Mahim , Kelva , Agashi dan Surat. 
Kemerosotan takhta bermula dengan pembunuhan abang Sultan Bahadur Shah iaitu Sultan Sikandar Shah. Implikasi daripada isu pembunuhan itu, Gujerat menjadi mangsa mudah untuk tentera besar Mughal yang diketuai oleh Maharaja Akbar menawan Gujerat.

1535 – 1536    Peralihan Empayar Mughal :

Maka bermulalah pemerintahan Mughal selepas berjaya mencapai misi untuk menjatuhkan Kesultanan Gujerat yang telah merdeka selama 200 tahun.
Setelah Akbar dewasa, ia berusaha menyingkirkan Bairam Khan yang sudah mempunyai pengaruh kuat dan terlampau memaksakan kepentingan aliran Syi’ah. Bairam Khan memberontak, tetapi dapat dikalahkan oleh Akbar di Jullandur tahun 1561 M. Setelah persoalan dalam negeri dapat diatasi, Akbar mulai menyusun program dan dapat menguasai Chundar, Ghond, Chitor, Ranthabar, Kalinjar, Gujarat, Surat, Bihar, Bengal, Kashmir, Orissa, Deccan, Gawilgarh, Narhala, Ahmadnagar, dan Asirgah. Wilayah yang sangat luas itu diperintah dalam suatu pemerintahan yang militeristik. Hal itu membuat kerajaan Mughal menjadi sebuah kerajaan besar.

1536-1537       Bahadur Khan (Qutb -ud- Din Bahadur Shah)-pemerintahan kali ke-2
·         Penglibatan kedua dengan Portugis.
Pada 23 Dis 1534 pada papan geliung St Mattheus, Sultan Bahadur Shah telah menandatangani Perjanjian Bassein . Berdasarkan syarat-syarat perjanjian itu, Portugis telah berjaya menguasai bandar Bassein serta wilayah-wilayah , pulau, dan laut .  Pada tahun 1536 , Gujarat telah diduduki oleh Kerajaan Mughal. Berikutan keadaan itu, Sultan Bahadur Shah terpaksa membuat suatu pakatan dengan Portugis untuk mendapatkan semula negara Gujerat ini, dengan syarat beliau mesti melepaskan Daman dan Diu , Mumbai, dan Vasai kepada  Portugis . Namun, pada bulan Februari, 1537 Sultan Bahadur Shah telah dibunuh oleh Portugis ketika melawat mereka di atas kapal Portugis yang sedang berlabuh di luar pantai Gujarat, dan badannya telah dibuang ke Laut Arab. Akhirnya, golongan bangsawan memilih Mahmud Khan , iaitu anak saudara Sultan Bahadur Shah itu sebagai penggantinya. Maka Mahmud Khan dilantik untuk  menaiki takhta dengan membawa gelaran sebagai Mahmud Shah III pada 10 Mei 1538. 

1537                (Miran Shah Khandesh Muhammad Shah III)
Sultan Bahadur Shah tidak mempunyai anak lelaki, oleh itu terdapat beberapa ketidakpastian mengenai pengganti selepas kematiannya. Muhammad Zaman Mirza, merupakan individu yang menjadi buruan Kerajaan Mughal dibuat tuntutan atas alasan bahawa ibu Bahadur yang mengaku bahawa Zaman Mirza adalah anak . Golongan bangsawan memilih anak saudaranya Muhammad Miran Shah Khandesh sebagai penggantinya, tetapi Miran Shah Khandesh meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Gujarat. Maka, Miran Muhammad Faruqi daripada Khandesh  ini hanya menakluki Gujerat elama 6 minggu.

1537 - 1554     Mahmud Khan (Nasir -ud- Din Mahmud Shah III)
Beliau menaiki takhta ketika berusia 11 tahun. Ayah beliau menggelarkan diri baginda sebagai Manjhu.(Bayley, 1970:59) Ibunya merupakan anak kepada Bahram Khan iaitu Raja Sind. Dilahirkan pada tahun 1526 ketika era pemerintahan Sultan Muzaaffar Shah II. Diberi gelaran Sultan Mahmud Shah III. (Bayley, 1970:406) Beliau telah dibunuh di Mahmudabad. Bayley, 1970:59)
Gujerat Kini
Gujarat kekal sebagai wilayah empayar Mughal sehingga Marathas diduduki Gujarat timur dan tengah pada abad ke-18 Barat Gujarat ( Kathiawar dan Kutch ) berpecah antara banyak pemerintah tempatan .Kemudian pada abad ke-18, Gujarat datang di bawah kawalan Empayar Maratha yang menguasai politik di India. Pilaji Gaekwad , pemerintah pertama Dinasti Gaekwad , yang ditubuhkan kawalan ke atas Baroda dan banyak Gujarat. Selepas Pertempuran Panipat pada 1761 , semua jeneral Maratha ditubuhkan diri mereka sebagai kerajaan autonomi sambil mengekalkan kuasa nominal Peshwas Pune dan Chhatrapati dalam Satara . British East India Company merampas kawasan Gujarat dari Marathas semasa Perang Kedua Anglo -Maratha . Ramai pemerintah tempatan, terutama Maratha Gaekwads of Baroda ( Vadodara ), berdamai yang berasingan dengan British dan mengakui kedaulatan British sebagai balasan untuk mengekalkan tempatan pemerintahan sendiri . Gujarat telah diletakkan di bawah kuasa politik Bombay Presiden, kecuali negeri Baroda , yang mempunyai hubungan langsung dengan Gabenor Jeneral di India. Dari 1818-1947 , kebanyakan Gujarat masa kini , termasuk Kathiawar , Kutch , dan Gujarat utara dan timur telah dibahagikan kepada beratus-ratus negeri bangsawan , tetapi beberapa daerah di Gujarat tengah dan selatan, iaitu Ahmedabad, memulakan pembicaraan ( Bharuch ), Kaira ( Kheda ), Panchmahal , dan Surat, diperintah secara langsung oleh pegawai-pegawai British. Mahatma Gandhi , yang dianggap " bapa negara " India , adalah seorang Gujarati yang mengetuai Pergerakan Kemerdekaan India terhadap pemerintahan penjajah British