Photobucket
!أهلا وسهلا Ya Allah, sesungguhnya aku mulai sedar bahawa betapa berharganya nikmat nafas yg Engkau beri ini. Kerana tanpa nikmatMu ini, mgkin tdk akn ku merasai manisnya ibadahku utkMu. Ya Rahman Ya Rahim, andai ada lg rezeki bgku, ckupknlh shgga bertemunya diriku dgn pengakhiran Khusnul Khatimah. Amin.. Moga kalian dpt mengambil manfaat coretan dr blog nie..

Monday, June 10, 2013

Khas buat ukhti sayang


Wahai Ukhtiku,
Aku kagumi pada ketabahanmu
Aku kagumi pada kesanggupanmu utk thabat
dalam jalan dakwah ini
walaupun kau dihujani mehnah silih berganti



Ukhtiku sayang,
Ada kalanya ujian melelahkan
Ada kalanya ujian melemahkan semangat
Ada saatnya kau merasa tidak sanggup lagi
utk bersama-sama dalam sof perjuangan
Ada saatnya kau rebah tak mampu utk bangun semula

Dengarlah wahai Ukhtiku,
Dengarkanlah firman Allah
'Dan siapakah lebih baik perkataannya drpd orang yg menyeru kpd Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, "Sungguh aku termasuk orang2 (yg berserah diri)?" (41:33)'
Disaat engkau putus asa
Ingatlah pada pujukanNya
'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu org beriman. (3:139)'
Saat ujian bertamu tanpa kau undang
Percayalah pada firmanNya
'Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) org2 terdahulu sebelum kamu... (2: 214)'
'Allah tidak membebani seseorg melainkan sesuai dgn kesanggupannya... (2: 286)'



Ukhti,
Jangan kau rasa bersedih hati
dikala kau ditolak
Kerana hidayah itu Allah yg punya


Ingatkah kau pada firmanNya
'Bukanlah kewajibanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki... (2: 272)'
Disaat sahabat yg kau kasihi menolak mu
Ingatlah Dia lebih mengetahui org yg mahu
menerima petunjuk bersesuaian dgn firmanNya
'Sungguh, engkau (Muhammad) tdk dpt memberi petunjuk kpd org yg engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kpd org yg Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui org2 yg mau menerima petunjuk. (28: 56)'

Ukhtiku sayang,
Sebelum aku mengundur diri
Aku ingin kau tahu bahawa
Aku sedia menghulurkan tanganku ketika kau memerlukan
Aku sedia memapahmu utk berdiri ketika kau lemah
Aku sedia meminjamkan bahuku ketika kau ingin menangis
Aku sedia membakar tenagaku ketika sumbu lilinmu hampir kepenghujung

Akhir kata,
Ku hadiahkan sepotong ayat Quran buat penguat semangatmu
'Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan org yg menyeru kpd kebajikan, menyuruh (berbuat) yg makruf, dan mencegah dr yg mungkar. Dan mereka itulah org2 yg beruntung. (3: 104)'

     ~SENYUM MEMBAWA KEBAHAGIAAN~


No comments:

Post a Comment