Photobucket
!أهلا وسهلا Ya Allah, sesungguhnya aku mulai sedar bahawa betapa berharganya nikmat nafas yg Engkau beri ini. Kerana tanpa nikmatMu ini, mgkin tdk akn ku merasai manisnya ibadahku utkMu. Ya Rahman Ya Rahim, andai ada lg rezeki bgku, ckupknlh shgga bertemunya diriku dgn pengakhiran Khusnul Khatimah. Amin.. Moga kalian dpt mengambil manfaat coretan dr blog nie..

Tuesday, December 17, 2013

PENDEKATAN DAKWAH TERHADAP ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT


Jika dilihat pada soalan temubual yang telah dijalankan kepada beberapa orang mad’u, dapat kita lihat banyak jawapan dan permasalahan yang dihadapi oleh mad’u tersebut. Antara permasalahannya ialah, kelas yang terlalu padat dan kebiasaannya habis terlalu lewat menyebabkan badan berasa letih. Maka, mereka mengambil keputusan untuk berehat ataupun tidur sebentar dan akhirnya terlepas waktu solat jumaat. Antara lain juga, terdapat juga mad’u yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke masjid. Selain itu, terdapat juga orang yang meninggalkan solat jumaat kerana terlalu asyik dengan hal dunia. Perkara-perkara seperti ini menjadi permasalahan kepada mereka untuk menunaikan solat jumaat. Jika kita lihat, terlalu ramai golongan mahasiswa dan masyarakat luar yang sering meninggalkan solat jumaat.
Pendekatan Dakwah yang boleh diambil
Terdapat banyak alasan dan masalah bagi orang yang meninggalkan solat jumaat. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng dan jika dibiarkan akan menjadi barah dalam kehidupan masyarakat hari ini. Antara pendekatan yang boleh diambil mengenai perkara ini ialah:
1.      Mengurangkan kelas pada hari jumaat. Pendekatan ini sangat penting untuk diambil kerana majoriti mad’u mempunyai kelas yang padat pada hari jumaat. Seharusnya, pihak yang bertanggungjawab memberi ruang kepada pelajar mahupun pensyarah untuk menunaikan solat jumaat. Terdapat juga kelas yang jarak waktunya sangat dekat dengan waktu solat jumaat. Hal ini akan menyukarkan pelajar atau pensyarah sendiri untuk bersiap-siap bagi menunaikan solat jumaat. Perkara ini menjadi punca utama bagi kebanyakan mad’u yang meninggalkan solat jumaat. Mereka merasa letih untuk pergi menunaikan solat jumaat ekoran kelas yang padat. Maka pendekatan dengan mengurangkan kelas pada hari jumaat sangat wajar untuk diadakan bagi memudahkan pelajar dan juga kakitangan bersiap sedia untuk menunaikan solat jumaat. Hal ini sekurang-kurang dapat menghapuskan alasan golongan yang meninggalkan solat jumaat dengan alasan kelas yang terlalu banyak dan sebagainya.
2.      Uslub mauizah hasanah dapat dilakukan menggunakan teknik seperti pidato dan ceramah yang berunsur nasihat dan pengajaran yang baik. Sebagai contoh memberi kefahaman yang mantap dengan menyatakan kewajipan melakukan solat Jumaat sebagaimana kefardhuan melakukan solat fardu 5 waktu sehari semalam. Selain itu, kami juga turut memberi peringatan kepada mereka tentang kematian yang boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Firman Allah

Wahai orang-orang yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat)..
(Jumuah:63,9)

Seterusnya, menyatakan janji baik dan ganjaran pahala Allah kepada hambanya yang taat perintahnya.
Wahai orang-orang yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
                                                                                                                        (Jumuah:63,9)

Aktiviti urusniaga yang berjalan seperti restoran, kedai-kedai alat tulis dan buku perlu ditangguhkan terlebih dahulu. Bagi peniaga dan pekerja dijanjikan rezeki yang luas sekiranya meninggalkan perniagaan demi menyahut seruan melakukan solat Jumaat . Firman Allah

Maksudnya:
 dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya Dengan meninggalkan Engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:" pahala - balasan) Yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
                                                                                                                        (Jumuah:63,11)

Ayat ini jelas menerangkan kepada kita bahawa apabila berkumandangnya azan, tangguhkan segala urusan jual beli dan pergi menunaikan solat jumaat bagi golongan yang difardhukan solat jumaat. Para ulama bersepakat bahawa urusan jual beli perlu ditangguhkan apabila berkumandangnya azan kedua. Bagi wanita pula, mereka boleh untuk berurusniaga, tetapi hanya sesama wanita sahaja. Pada hari ini dapat kita lihat, peniaga itu sendiri tamak untuk mendapatkan keuntungan. Mereka tidak sanggup untuk meninggalkan perniagaan mereka dan tidak mengutamakan solat jumaat kerana pada waktu itu merupakan waktu puncak iaitu waktu tengahari dan ramai pelajar mahupun pensyarah atau kakitangan yang ingin mengisi perut mereka dan sebagainya. Maka pendekatan yang perlu diambil adalah pihak universiti perlu mengadakan peraturan dengan menetapkan bahawa pihak peniaga perlu menutup atau menangguhkan perniagaan mereka sebelum azan pertama berkumandang. Perkara ini bagi memudahkan para peniaga dan para pelajar bersiap sedia untuk pergi menunaikan solat jumaat. Dengan pendekatan ini mungkin dapat mengurangkan kadar golongan yang meninggalkan solat jumaat.

3.      Masalah tidak mempunyai kenderaan untuk ke masjid ataupun kolej terlalu jauh dan sebagainya. Jika dilihat, pihak universiti telah memperuntukkan bas bagi pelajar lelaki untuk ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. Perkara ini hanyalah dijadikan alasan bagi mereka untuk tidak menunaikan solat jumaat. Namun, sebagai seorang da’ie, kita boleh mengambil pendekatan dengan berbuat baik terhadap mereka dan ‘slow talk’ dengan mengajak mereka untuk menunaikan solat jumaat. Jika kita mempunyai kenderaan seperti motor atau kereta, boleh untuk kita mengajak golongan ini untuk pergi bersama-sama ke masjid. Dengan itu mereka tidak dapat menggunakan alasan tidak mempunyai kenderaan dan sebagainya. Selain itu, kita sebagai da’ie, perlulah mendekati mereka dan cuba untuk memahami situasi mereka dan mengapa mereka tidak menunaikan solat jumaat. Sediakan jawapan-jawapan yang boleh mematahkan alasan mereka disamping mengajak mereka untuk menunaikan solat jumaat. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada mad’u itu sendiri.

4.      Jika dilihat pada pengetahuan mad’u mengenai solat jumaat, majoritinya tahu tentang hukum meninggalkan solat jumaat. Mereka mengetahui bahawa meninggalkan solat jumaat merupakan suatu dosa. Maka, pendekatan yang boleh diambil adalah da’ie perlu mendekatkan diri dengan golongan ini serta menceritakan lebih lanjut dan mendalam mengenai hukum orang yang meninggalkan solat. Selain itu, seorang da’ie boleh memuji seseorang mad’u itu kerana mengambil tahu tentang hukum solat. Namun, diselitkan juga nasihat dan dorongan untuk mereka menunaikan solat jumaat. Kadang-kadang mereka mempunyai niat untuk menunaikan solat jumaat, tetapi mungkin terdapat perkara-perkara yang menyebabkan mereka meninggalkannya. Para da’ie perlu memahami mad’u dan menceritakan kemungkinan-kemungkinan yang bakal dihadapi di kemudian hari. Da’ie boleh mengingatkan serta bercerita mengenai kebaikan-kebaikan solat jumaat dan mengapa diwajibkan solat jumaat keatas kita.

5.      Seterusnya, pendekatan lain yang boleh diambil adalah, da’ie itu sendiri perlu mengenal pasti golongan yang meninggalkan solat jumaat dan melakukan pendekatan dari sudut Emosi iaitu melalui nasihat yang baik dan menuturkan kata-kata yang lunak, mesra dan menampilkan sikap lemah-lembut. Cara ini menepati dengan gaya Rasulullah sebagaimana firman Allah

Maksudnya:
maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
                                                                                                            (Imran:3,159)
Kadang-kadang kita tidak perlu melihat jauh, berkemungkinan juga orang yang berhampiran dan dekat dengan kita adalah antara golongan yang meninggalkan solat jumaat. Maka, kenal pasti golongan ini dan dekati mereka dengan pelbagai cara. Terdapat golongan yang tidak pernah menunaikan solat jumaat, maka pendekatan dakwahnya berlainan dengan golongan yang sekali sekala meninggalkan solat jumaat. Di sini pendakwah perlu bijak dalam mempengaruhi situasi seseorang mad’u. Terdapat sesetengah mad’u yang anti melihat golongan pendakwah kerana bagi mereka golongan pendakwah ini suka menjaga tepi kain orang lain. Maka, golongan seperti ini kita perlu didekati dengan perlahan-lahan dengan menunjukkan sikap yang baik dan berhikmah. Di dalam dakwah juga, hikmah itu penting bagi seorang pendakwah. Dengan berdakwah secara berhikmah dapat menarik mad’u untuk mendengar apa yang hendak disampaikan oleh da’ie.

6.      Uslub Mujadalah adalah satu kaedah menyampaikan mesej dakwah secara berbahas dan berbincang dengan para mad’u. Melalui pendekatan dakwah ini, kami telah berjumpa dengan beberapa mad’u kami yang sengaja meninggalkan solat jumaat secara sengaja walhal mereka tahu bahawa solat jumaat itu adalah wajib bagi mereka. Melalui pendekatan ini, kami telah berhujah kepada mereka bahawa tindakan mereka ini adalah salah di sisi agama dan menasihatkan mereka agar mengambil berat akan hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah.
7.      Pendekatan dari sudut Emperikal iaitu cara didikan amali. Pendakwah boleh menggunakan cara berjalan-jalan dengan rakan pada hari jumaat dan apabila tiba waktu solat pendakwah terus memandu menuju ke masjid. Maka secara tidak langsung mad’u tersebut akan turut menunaikan solat Jumaat. Sekiranya mad’u tersebut enggan, perlulah diulangi sehingga 40 hari akhirnya ianya akan menjadi tabiat yang baik.
8.      Selain itu, pihak masjid perlu melakukan aktiviti seharian bermula pada waktu pagi hari Jumaat   bagi menggalakkan hadirin muslim melakukan solat Jumaat.
9.      Pihak berwajib seperti jawatankuasa masjid dan persatuan pelajar atau dari individu perlu mengedar risalah tentang pensyariatan solat Jumaat dan hukum meninggalkannya serta risalah-risalah atau pengisian khutbah Jumaat  mengenai Islam bagi menarik minat individu. Uslub ini disarankan oleh Rasulullah saw sabdanya “Permudahkanlah dalam urusan agama dan jangan kamu menyusahkan dan khabarkanlah berita gembira dan jangan kamu menjadikan mereka lari (dari Islam)”.
10.  Uslub Sindiran ditujukan kepada kemaksiatan yang berterusan melakukan. Oleh sebab ada dalam kalangan mad’u kami yang sering meninggalkan solat jumaat secara sengaja bahkan memandang enteng akan perkara ini, kami menggunakan kaedah ini dalam berdakwah kepada mereka agar mereka sedar dan kembali ke pangkal jalan.


No comments:

Post a Comment