Photobucket
!أهلا وسهلا Ya Allah, sesungguhnya aku mulai sedar bahawa betapa berharganya nikmat nafas yg Engkau beri ini. Kerana tanpa nikmatMu ini, mgkin tdk akn ku merasai manisnya ibadahku utkMu. Ya Rahman Ya Rahim, andai ada lg rezeki bgku, ckupknlh shgga bertemunya diriku dgn pengakhiran Khusnul Khatimah. Amin.. Moga kalian dpt mengambil manfaat coretan dr blog nie..

Friday, November 23, 2012

TOKOH DALAM BIDANG AKIDAH





SYEIKH IBRAHIM AL-BAJURI

RIWAYAT HIDUP:
Nama sebenar beliau ialah Syeikh Ibrahim al-Bajuri bin Syeikh Muhammad al-Jizawi bin Ahmad.  Dinisbah kepada Bajur, iaitu desa kelahirannya satu daerah di jajahan Manufah Mesir. Beliau diberi gelar dengan Burhanuddin ertinya bukti agama, gelaran yang lazim disematkan daripada para ulama besar dulunya bahkan sehingga kini.
Beliau dilahirkan pada tahun 1198 Hijrah (pada tahun 1783 masihi). Beliau membesar dipangkuan ibubapanya yang alim dan soleh. Oleh sebab itulah beliau sentiasa dididik dengan ilmu agama dan beliau mempelajari al-Quran dan memperbaiki bacaanya dibawah bimbingan ayahnya sendiri.
Pada tahun 1212 hijrah, beliau berangkat ke al-Azhar untuk  ketika menuntut ilmu  dari guru-gurunya, ketika itu beliau berumur 14 tahun. Namun, tatkala pasukan Perancis menceroboh Mesir tahun 1213 Hijrah, beliau keluar pergi ke Hizah dan bermukim di sana. Setelah Perancis meninggalkan mesir pada tahun 1216 Hijrah (pada tahun 1801 masihi), beliau kembali semula ke al-Azhar dan menyibukkan diri dengan pelbagai bidang ilmu.

PENDIDKAN:
Ketika di al-Azhar, Imam Ibrahim al-Bajuri sangat aktif dan tekun untuk belajar dari guru-guru yang ada pada ketika itu. Beliau juga mengikuti dari satu halaqah kepada halaqah yang lainnya. Kecerdasan beliau sangat membantu keberhasilannya dalam memperoleh ilmu di al-Azhar walaupun pada ketika itu keadaan al-Azhar kurang baik kerana baru sahaja selesai dari penjajahan Perancis.
Syeikh Ibrahim al-Bajuri seorang ulama yang sentiasa sibuk dengan belajar dan mengajar. Lidahnya sentiasa basah membaca Al Quran dan berzikir kepada Allah swt. Beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar pada tahun 1263 hijrah. Bahrul ilmi yang bermaksud lautan ilmu merupakan  antara gelaran yang diberikan kepada beliau. Jika dilihat pada kitab karangannya, beliau mengarang dalam pelbagai bidang ilmu islam.

Di antara guru-guru Imam Baijuri
1.      Syeikh Muhammad al-Amir al-Kabir al-Maliki. Beliau seorang ulama terkenal di Mesir. Seluruh ulama mesir ketika itu mengambil ijazah dan sanad kepada beliau, bahkan sehingga kini rantaian sanad masih tetap kepada beliau.
2.       Syeikh Abdullah as-Syarqawi. Beliau merupakan ulama yang alim dan terkenal di Mesir dan didunia islam. Karangannya yang banyak membuat nama beliau terkenaldi seantero dunia Tambahan lagi, beliau mendapat jawatan memimpin al-Azhar dan menjadi Syeikhul Azhar iaitu ( kedudukan yang tertinggi di al-Azhar ).
3.       Syeikh Daud al-Qal’aawi. beliau merupakan ulama yang bijak dan arif.
4.      Syeikh Muhammad Al Fudhali. [1] Beliau seorang ulama al-Azhar yang alim dan sangat mempengaruhi jiwa Syeikh Ibrahim al-Bajuri.
5.      Syeikh Hassan Al Quwaisinni. Beliau adalah seorang ulama yang hebat sehingga diberi tugas untuk memimpinan al-Azhar dan dilantik menjadi Syeikhul azhar pada masanya. Kesemua gurunya terdiri daripada para ulama besar dan terkemuka di zamannya.


Kitab karangan Imam Baijuri
1.      Hasyiyah Ala Risalah Syeikh al-Fadhali, merupakan ulasan dan penjelasan makna " La Ilaha Illa Allah ". Kitab ini merupakan kitab yang pertama beliau karang, ketika itu umur beliau sekitar dua puluh empat tahun.
2.      Hasyiyah Tahqiqi al-Maqam `Ala Risalati Kifayati al-`Awam Fima Yajibu Fi Ilmi al-Kalam, kitab ini selesai pada tahun 1223 hijriyah.
3.       Fathu al-Qaril al-Majid Syarh Bidayatu al-Murid, selesai di karang pada tahun 1224 hijriyah.
4.      Hasyiyah Ala Maulid Musthafa Libni Hajar, selesai pada tahun 1225 hijriyah.
5.      Hasyiyah `Ala Mukhtasor as-Sanusi, selesai pada taun 1225 hijriyah.
6.      Hasyiyah `Ala Matni as-Sanusiyah, selesai pada tahun1227 hijriyah.
7.      Tuhfatu al-Murid `Ala Syarhi Jauharatu at-Tauhid Li al-Laqqani, selesai pada tahun 1234 hijriyah.
8.       Tuhfatu al-Khairiyah `Ala al-Fawaidu asy-Syansyuriyah Syarah al-Manzhumati ar-Rahabiyyah Fi al-Mawarits, selesai pada tahun 1236 hijriyah.
9.      ad-Duraru al-Hisan `Ala Fathi ar-Rahman Fima Yahshilu Bihi al-Islam Wa al-Iman, selesai pada tahun 1238 hijriyah.
10.   Hasyiyah `Ala Syarhi Ibni al-Qasim al-Ghazzi `Ala Matni asy-Syuja`i, selesai di tulis pada tahun 1258 hijrah, kitab ini merupakan kitab yang dipelajari di al-Azhar Syarif sampai sekarang.
  1. Hasyiah ala Maulidil Imam Ibni Hajar Al Haitami Tahun 1225 hijrah.
  2. Hasyiah ala Syarhi Sanusi Fi Ilmil Mantiq Tahun 1225 hijrah.
  3. Hasyiah ala Matni Sullamil Munauraq Fi Ilmil Mantiq karangan Syeikh Allamah Akhdari Tahun 1226 hijrah.
  4. Hasyiah ala Matni Samarqandiah Fi Ilmil Balaghah (Bab Istiaarah) Tahun 1227 hijrah.
  5. Fathul Habiril Syarhu Matnil Tarshif karangan Syeikh Abdur Rahman Isa Tahun 1227 hijrah.
  6. Hasyiah Bajuri ala Ummil Barahin Wa Aqaiq karangan Al Allamah Syeikh Sanusi tahun 1227 hijrah.
  7. Hasyiah ala Maulidi Syeikh Ahmad Dardir Tahun 1227 hijrah.
  8. Fathu Rabbil Bariyyah ala Ad Durratil Bahiwah Nazam al Ajrumiah Tahun 1229 hijrah.
  9. Al Burdah Li abi Abdillah Muhammad ibn Said al Bushiri Bisyarhi Al Bajuri karangan Imam Busyiri Tahun 1229 hijrah. 
  10. Hasyiah ala Banati Su’ad Tahun 1234 hijrah.
  11. Tuhfatul Murid ala Syarhi Jauharatil Tauhid karangan Syeikh Ibrahim Al Laqqani Tahun 1234 hijrah.
  12. Manhul Fattah ala Nuril Misbah Fi Ahkamil Nikah Tahun 1234 hijrah.
  13. At-Tuhfatul Khairiyyah alal Fawaa’idid Syansyuuriyyah Fi Maslahatil Waris Tahun 1246 hijrah.
  14. Ad Durarul Hisan ala Fathir Rahman Fi Ma Yahshulu Bihil Islam Wal Iman karangan Al Allamah Zabidi Tahun 1238 hijrah.
  15. Risalah Syaghirah Fi Ilmi Tauhid Tahun 1238 hijrah. Juga dikenali dengan nama Risalah Bajuri Fil Tauhid. Risalah tersebut telah disyarahkan oleh ulama nusantara terkenal iaitu Al Allamah Syeikh Muhammad Nawawi Al Jawi rhm. Syarah tersebut berjudul Syarhu Tijanil Darariy Fi Risalah Bajuri Fi Tauhid
  16. Al-Mawaahibul Ladunniyah ala Syama’lil Muhammadiah karangan Imam Tirmidzi Tahun 1251 hijrah.
  17. Hasyiah ala Syarhi Ibn Qasim al-Gazzi ala Matni Syeikh Abi Suja’ (Fekah Mazhab Syafie). Pada tahun 1258 hijrah dan merupakan karangan terakhir beliau.
Masih ada lagi kitab-kitab karya beliau, akan tetapi tidak sempat beliau noktahkan. Antaranya :
1.      Hasyiah ala Jam’il Jawami’, sempat mengarang hingga akhir muqadimah.
2.      Hasyiah ala Syarhi Sa’di alal Aqa’idil Nasafiah.
3.      Hasyiah ala Minhaj, sempat mengarang hingga kitab jenazah.
4.      Hasyiah ala Syarhi Manzumatil Syeikh Al Bukhari Fil Tauhid.

Di Nusantara, nama Syeikh Ibrahim Al Bajuri tidak asing bagi penuntut atau para santri di Pondok atau Pesantren di Nusantara. Hal ini kerana, kitab beliau seperti Tuhfatul Murid ala Syarhi Jauharatil Tauhid(Tauhid), Hasyiah ala Syarhi Ibn Qasim al-Gazzi ala Matni Syeikh Abi Suja’ (Fekah Mazhab Syafie) dan Tahqiqul Maqam ala Kifayatil Awam(Tauhid) amat masyhur digunakan dalam pengajian. [2]

 Dilantik sebagai Syeikhul al-Azhar

Setelah Imam al-Bajuri mendapatkan ilmu dari para gurunya akhirnya beliau diangkat menjadi seorang tenaga pendidik di al-Azhar asy-Syarif. Dengan tekun dan penuh keikhlasan beliau memulai kehidupannya dengan mengajar dan belajar sehingga pada akhirnya beliau mendapat posisi yang tertinggi di al-Azhar, Oleh kerana kebijakan dan kealiman beliau yang begitu menonjol dari kalangan ulama pada masa itu, beliau diangkat menjadi Syeikhul al-Azhar menggantikan ash-Shofti yang telah meninggal dunia. Beliau mula menjawat jawatan sebagai Syeikhul azhar berada pada tahun 1263 hijriyah sehingga akhir hayat beliau.

Peranan beliau didalam menghidupkan Minhaj al-`Asy`ariyyah

Pada masa hidupnya Syeikh Bajuri yang bermazhab `Asy`ari berkembang begitu pesat, tidak berbeza dengan masa pemerintahan Mamalik yang menyebarkan manhaj `Asy`ariyyah. Begitu juga pada masa al-Ayyubiyyah dari masa pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi sehingga hilangnya al-Ayyubiyyah dan bertukar menjadi pemerintahan Mamalik.

Mazhab `Asya`irah merupakan mazhab ahlusunnah yang berkembang dari negeri barat di daerah Morocco sehingga ke negeri Indonesia, ketika mana Ibrahim al-Bajuri sudah mulai terdengar dan hidup mazhab yang berbeza dari mazhab ahlusunnah wal Jama`ah, iaitu mazhab Wahabi di bahagian timur negeri Hijaz. Ketika itu mereka belum dapat menguasai semenanjung Arab, aqidah mereka sangat bertentangan dengan mazhab ahlusunnah wal jama`ah yang dibawa oleh ulama-ulama terdahulu, mereka berpendapat ulama-ulama ahlussunnah yang berminhajkan `Asya`irah adalah sesat lagi menyesatkan dan mesti dibasmi habis, tetapi mazhab wahabi ketika itu tidak boleh berkembang disebabkan adanya kekhalifahan Usmaniyah yang menjaga mazhab ahlussunnah wal jama`ah al-`Asya`irah.



Diantara hasil tulisan Imam al-Bajuri yang membicarakan tentang tauhid didalam minhaj al-`Asy`ariyah adalah :

1 - Hasyiyah Kifayatu al-`Awam yang diberi nama Tahqiqul al-Maqam, kitab Kifayatu al-`Awam merupakan karangan guru Imam al-Bajuri yaitu Syeikh Muhammad al-Fadhali, kitab ini dipelajari oleh pelajar-pelajar al-Azhar hingga sampai juga kitab ini di negeri Indonesia dan Malaysia, di pondok-pondok tradisional kitab ini sebagai material pelajaran bagi tingkatan tsanawi, diantara pondok pesantren yang mempelajari kitab ini adalah pondok Pesantren Musthafawiyah Purba-Baru Mandailing Natal Sumatra Utara, didalamnya menyebut tentangnya sifat dua puluh yang wajib bagi Allah, dua puluh sifat yang mustahil bagi Allah, dan satu sifat yang boleh bagi Allah. Kemudian diterangkan sifat-sifat yang wajib, mustahil dan boleh bagi para Rasul-Rasul Allah.


2- Al-fathu al-Qarib Syarah Bidayatu al-Murid, kitab ini adalah karangan al-Imam as-Siba`i. Didalamnya menerangkan tentang tauhid atas minhaj al-`Asya`irah, Imam Ibrahim mencuba mengulas dan menjelaskan isi kitab ini agar mudah difahami oleh para pelajar.

3 - Hasyiyah `Ala Matni as-Sanusiyah, kitab Matan as-Sanusiyah merupakan kitab yang ringkas dan bagus susunannya. Kitab ini menjadi bahan rujukan dilembaga pendidikan Ahlussunnah Wal Jama`ah baik di negeri arab mahupun di Indonesia, Malaysia dan Tailand. Diantara lembaga pendidikan yang menjadikan matan Sanusiyah dengan Hasyiyahnya Ummu al-Barahin sebagai rujukan pelajaran adalah Musthafawiyah Purba Baru. Ramai ulama yang telah mensyarahkan kitab ini diantaranya adalah Imam al-Bajuri. Syeikh Ibrahim al-Bajuri mencuba untuk menjelaskan dan mengulas kitab yang kecil ini dengan penjelasan yang bagus dibuktikan dengan dalil-dalil naqal al-Quran dan Sunnah  dan akal.


4 - Tuhfatu al-Murid `Ala Syarah Jauharatu at-Tauhid, kitab ini merupakan syarah dari matan manzhumah Jauharatu at-Tauhid yang sangat terkenal di kalangan para penuntut ilmu agama. Ianya merupakan hasil karya Syeikh Ibrahim al-Laqqani. Beliau merupakan seorang ahli didalam ilmu hadis dan tauhid. Kitab ini memuatkan 144 bait sya`ir. Ramai dikalangan ulama yang telah mensyarahkan kitab ini diantaranya Imam al-Bajuri. Imam al-Bajuri mencuba menumpukan segala kemampuannya dan keahliannya untuk mensyarahkan kitab ini, dengan cara mengulas dan memutuskan mana yang tepat dan rajih dikalangan ulama Ahlussunnah, beliau juga mengisinya dengan dalil naqal dan akal, kemudian beliau juga menyebutkan perbedaan pendapat diantara `Asya`irah dan Maturidiyyah didalam sebahagian permasalahan.

Dari keempat kitab Imam Ibrahim al-Bajuri didalam ilmu tauhid dapat kita simpulkan bahawa beliau seorang ulama `Asya`irah yang kuat dan memiliki peranan dalam mengembangkan mazhab `Asyairah, keahlian beliau bukan saja didalam tauhid bahkan didalam segala disiplin ilmu agama seperti Fiqih, Tafsir, Hadis, Bayan, Mantiq, Fara`idh dan lain-lainnya.


 Wafatnya Syeikh Ibrahim al-Bajuri

Setelah menebarkan ilmunya kepada generasi selanjutnya, akhirnya Imam Ibrahim al-Bajuri menghembuskan nafas terakhirnya meninggalkan dunia yang fana menghadap Allah s.w.t. dengan tenang dan ridha. beliau meninggal duani pada hari kamis tanggal 28 dzulqa`idah tahun 1276 hijrah bertepatan pada 19 julai 1860 masehi, beribu pelajar hadir untuk menyolatkan Imam besar Ibrahim al-Bajuri, beliau disolatkan di Masjid al-Azhar asy-Syarif dan dikuburkan di kawasan Qurafah al-Kubra masyhur dengan sebutan al-Mujawarin.


[1] Pengarang kitab Kifayatul Awam. Kitab tersebut telah disyarahkan oleh Syeikh Ibrahim Al Baijuri selaku anak muridnya yang dinamakan Tahqiqul Maqam ala Kifayatul Awam. Kitab Kifayatul Awam merupakan antara kitab penting dalam pengajian pondok dan pesantren di Nusantara.

No comments:

Post a Comment