impikan ke gerbang perkahwinan..xde seru? xde
calon? npe jdoh lmbt??
1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai
itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang
‘munasib’.
Saya bertanya kepada
seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi
masih tidak bertemu jodoh?
Di mana silapnya?’ Dia
jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga
101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita
patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.
2.
Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada
tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang
yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi
suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah,
orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah,
mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa
dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang
hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau
isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek.
Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di
mana.
3.
Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam
magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang
pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan
mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita
benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan
untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab
memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu
perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan
sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik
orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau
sesiapa saja.
4.
Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk
mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku
perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca
doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih
belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau
sakit hati pada orang.
5. Restu Ibu Bapa
Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak
bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak
benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak
mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak
dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar
redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya
jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.
6.
Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal
yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena
sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan
secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman
jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku,
carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara
yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”
No comments:
Post a Comment