Photobucket
!أهلا وسهلا Ya Allah, sesungguhnya aku mulai sedar bahawa betapa berharganya nikmat nafas yg Engkau beri ini. Kerana tanpa nikmatMu ini, mgkin tdk akn ku merasai manisnya ibadahku utkMu. Ya Rahman Ya Rahim, andai ada lg rezeki bgku, ckupknlh shgga bertemunya diriku dgn pengakhiran Khusnul Khatimah. Amin.. Moga kalian dpt mengambil manfaat coretan dr blog nie..

Saturday, January 1, 2011

dEfinisi pemakanan menurut perspektif Al-Quran dan Al-sunnah

Menurut Kamus Dewan, takrif makanan ialah apa sahaja yang boleh dimakan. [1] Makanan merupakan keperluan asas manusia. Tubuh manusia diumpamakan sebagai mesin (enjin) yang paling sempurna kerana ianya memerlukan bahan-bahan bakar untuk menjalankan fungsinya. Bahan yang diperlukan itu adalah makanan. Pemakanan pula didefinisikan sebagai jenis- jenis makanan yang lazimnya dimakan atau ditentukan untuk dimakan, pilihan jenis makanan seseorang dan lain-lain.[2] Tabiat pemakanan seharian berkait rapat dengan cara hidup dan kesan terhadap pembentukan jiwa seseorang. Pengambilan makanan yang menepati ciri yang disarankan dalam Al-quran dan yang menjadi sunnah Rasulullah akan memberi impak yang positif  terhadap tubuh badan dan rohani yang baik.  Firman Allah SWT:

 : * ûÓÍ_t6»tƒ tPyŠ#uä (#räè{ ö/ä3tGt^ƒÎ yZÏã Èe@ä. 7Éfó¡tB (#qè=à2ur (#qç/uŽõ°$#ur Ÿwur (#þqèùÎŽô£è@ 4 ¼çm¯RÎ) Ÿw =Ïtä tûüÏùÎŽô£ßJø9$# ÇÌÊÈ  
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.                                                                
                                                                                               (SURAH AL-A’RAF: (7) :31)

Masalah pemakanan kini menjadi satu kemestian dalam kehidupan. Hal ini memainkan peranan signifikan untuk meneruskan kehidupan makhluk-makhluk Allah khususnya makhluk bernama manusia. Hakikatnya, Islam memiliki peraturan yang sangat komprehensif berkaitan dengan hal ini. Allah telah memerintahkan umatnya untuk teliti setiap makanan dan minuman. Bahkan perintahnya lebih jelas, iaitu hanya boleh memakan dan meminum sesuatu yang halalan toyyiba (halal dan baik). Allah S.W.T berfirman:

$ygƒr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# (#qè=ä. $£JÏB Îû ÇÚöF{$# Wx»n=ym $Y7ÍhsÛ Ÿwur (#qãèÎ6®Ks? ÏNºuqäÜäz Ç`»sÜø¤±9$# 4 ¼çm¯RÎ) öNä3s9 Arßtã îûüÎ7B ÇÊÏÑÈ 
Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.                                                                  (Al Baqarah (2):168).
                                              
Pertama makanan yang halal, kedua makanan yang baik .Makanan yang baik pastinya adalah makanan yang berkhasiat .Ibubapa haruslah lebih prihatin terhadap  makanan yang mereka sajikan buat anak-anak kerana makanan itulah yang  akan tumbuh menjadi diri anak mereka. Seterusnya, perkara yang dimaksudkan dengan halalan toyyiba ini meliputi jenis makanannya, cara dan sumber perolehinya, proses pengambilannya, dan tujuannya. Maka, seorang mukmin yang komitmen dengan keislamannya, khususnya masalah pemakanan akan mendapat kenikmatan memakan makanan yang paling enak di syurga. Memastikan makanan yang halal adalah suatu perkara wajib sebelum mengambilnya. Hal ini kerana, sumber rezeki yang haram atau syubhah boleh menyebabkan doa tidak dimakbulkan oleh Allah. Ini menunjukkan bahawa makanan adalah ibadah yang penting dalam Islam.
Orang yang selalu makan harta yang haram atau yang syubhat, maka ia akan berada jauh dari segala kebajikan, kerana makanan yang haram atau syubhat itu akan mengeraskan dan menggelapkan hati, mengekang seluruh anggota badan dari berbuat yang baik dan beribadat, dan menjadikan kita sentiasa cinta kepada dunia. Semua perkara ini adalah menyebabkan tidak terkabulnya amalan dan doa. Kita juga dilarang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Hal ini kerana ia sama seperti syirik. Sebagaimana firman Allah:
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#qãBÌhptéB ÏM»t6ÍhsÛ !$tB ¨@ymr& ª!$# öNä3s9 Ÿwur (#ÿrßtG÷ès? 4 žcÎ) ©!$# Ÿw =Ïtä tûïÏtF÷èßJø9$# ÇÑÐÈ 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.                                                (Al-Maidah :87)
Dalam huraian di atas, bahawa yang berhak mengharamkan dan menghalalkan sesuatu adalah Allah. Oleh kerana itu seseorang yang mengharamkan sesuatu di mana Allah mengharamkannya adalah sama dengan syirik, kerana di dalam sikap yang demikian itu terdapat penyekutuan.
Para ulama’ fiqh telah membuat suatu kaedah iaitu apa sahaja yang membawa kepada perbuatan haram, maka itu adalah haram. Amalan seorang yang beriman mempunyai hubungan yang rapat dengan makanan dan minumannya yang semestinya halal dan pentingnya makanan kepada manusia adalah untuk pembentukan jiwa yang baik serta memudahkan untuk beribadat menurut tinjauan kaca mata islam yang mana ia mempunyai maksud dan matlamat yang lebih jauh dari itu.




 

No comments:

Post a Comment

Post a Comment