Photobucket
!أهلا وسهلا Ya Allah, sesungguhnya aku mulai sedar bahawa betapa berharganya nikmat nafas yg Engkau beri ini. Kerana tanpa nikmatMu ini, mgkin tdk akn ku merasai manisnya ibadahku utkMu. Ya Rahman Ya Rahim, andai ada lg rezeki bgku, ckupknlh shgga bertemunya diriku dgn pengakhiran Khusnul Khatimah. Amin.. Moga kalian dpt mengambil manfaat coretan dr blog nie..

Monday, June 10, 2013

Haji Wida' dan Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w

HAJI WIDA'
  1. Pada 25 Zulqaedah tahun ke-10 hijrah,Rasulullah s.a.w dengan lebih 100 000 orang kaum muslimin bertolak dari Madinah ke Makkah.
  2. .Baginda dan kaum muslimin bermalam di Zulhulaifah,selepas memakai ihram mereka menuju ke Makkah dengan bertalbiah sepanjang jalan.
  3. 4 Zulhijjah mereka sampai ke Makkah .Rasulullah s.a.w terus menuju ke Kaabah untuk mengucup Hajarul Aswad,melakukan tawaf dan solat sunat dua rakaat di Multazam berhampiran Maqam Nabi Ibrahim a.s
  4. ..Selepas itu,baginda melakukan ibadah sa'ie.8 Zulhijjah ,hari Tarwiyyah,setelah memakai ihram,Rasulullah dan para jemaah Haji pergi ke Mina dan bermalam di Mina.
  5. 9 Zulhijjah selepas Subuh dan setelah matahari terbit ,Rasulullah s.a.w dan jemaah Haji pergi ke Arafah.
  6. Rasulullah s.a.w berkhemah di Namirah di Wadi U'ranah.Di sini Baginda menyampaikan khutbah di atas unta Al-Qiswak,selepas gelincir matahari.Di dalam khutbah ini,Baginda menjelaskan dasar-dasar hidup Islam.
  7. Selepas solat Zohor dan Asar,Baginda dan jemaah berangkat menuju ke Mudzdalifah dan bermalam di sana,di Masya'ril Haram.
  8. Pagi 10 Zulhijjah selepas solat Subuh,Baginda dan jemaah haji pergi ke Mina untuk melakukan ibadah korban dan melontar jumrah,Baginda menyembelih qurban sebanyak 63 ekor unta.
  9. Haji Wida' ialah Haji Akbar.

hajarul aswad

kaabah

Makam Nabi Muhaamad

serban Rasulullah

bekas tapak kaki Rasulullah

    Kandungan Utama Khutbah Haji Wida'

    Setelah mengucapkan syukur dan pujian bagi Allah,Baginda bersabda(maksudnya),"Wahai manusia sekalian!Dengarlah kata-kataku ini!Aku tidak tahu ,kalau-kalau  sudah tahun ini ,dalam keadaan seperti ini,aku tidak dapat lagi bertemu dengan kamu sekalian."
    "Saudara!bahawasanya darah kamu dan harta benda kamu sekalian ialah suci buat kamu,seperti hari ini dan bulan ini yang suci,sampai datang masanya kamu sekalian menghadap tuhan kamu.Pada waktu itu kamu akan ditanya segala amalan kamu.Ya,aku sudah menyampaikan ini!

    Sesiapa yang telah diserahi amanah ,tunaikanlah amanah itu untuk orang yang berhak menerimanya.

    Bahawa semua Riba sudah tidak berlaku,namun kamu berhak menerima menerima kembali modalmu.Janganlah kamu berbuat aniaya terhadap orang lain,dan janganlah pula kamu teraniaya.Allah telah menentukan bahawa tidak boleh lagi ada.Riba dan bahawa Riba Abbas bin Abdul Muttalib tidak berlaku.
    Bahawa semua tuntutan darah selama jahiliyah tidak berlaku lagi,dan bahawa tuntutan darah pertama yang kuhapuskan ialah darah Ibnu Rabiah bin Harith bin Abdul Muttalib!
    Kemudian daripada itu saudara-saudara!pada hari ini,nafsu syaitan yang minta disembah di negeri ini sudah terhapus buat selama-lamanya,tetapi kalau kamu turutkan dia walaupun dalam hal yang kamu anggap kecil,yang bererti kamu memandang remeh segala perbuatanmu,nescaya akan senanglah dia.Oleh kerana itu ,peliharalah agamu ini baik-baik.
    Saudara-saudara ,menunda-nunda berlakunya larangan bulan suci bererti mempesar kekufuran.Dengannya orang-orang kafir itu tersesat.Pada satu tahun mereka menghalalkannya dan pada tahun yang lain,mereka menghalalkan apa-apa yang sudah diharamkankan Allah dan mengharamkan apa-apa yang sudah dihalalkan Allah.
    Zaman itu berputar sejak Allah menciptakan langit dan bumi ini.Jumlah bilangan bulan menurut Allah ada dua belas bulan,empat bulan diantaranya ialah bulan suci,tiga bulan berturut-turut dan bulan Rejab ,iaitu antara bulan Jamadil Akhir dan Sya'ban.

    Kemudian daripada itu saudara-saudara ,sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu,isteri kamu juga mempunyai hak ke atas kamu.Hak kamu atas mereka ialah untuk tidak mengizinkan orang yang tidak kamu sukai memijakkan kaki ke atas lantaimu,dan jangan sampai mereka secara jelas melakukan perbuatan keji.Kalau sampai mereka berani melakukannya,Allah mengizinkan kamu berpisah tempat tidur dengan mereka dan kamu boleh memukul 
    mereka dengan pukulan yang tidak membahayakan.Apabila mereka sudah tidak melakukannya lagi,maka kewajipan kamu ialah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan sopan santun.Berlaku baiklah terhadap isteri-isteri kamu,mereka itu taeman-teman yang membantumu,mereka tidak memiliki sesuatu untuk diri mereka.Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah,dan kehormatan mereka dihalalkan buat kamu dengan nama Allah.

    Fikir-fikirkanlah kata-kataku ini.saudara-saudara,aku sudah menyampaikan ini.Ini ada perkara yang sudah jelas kutinggalkan pada kamu,jika kamu berpegang teguh dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya-kitab Allah dan Sunnah Rasulullah.

    Wahai manusia sekalian,dengarlah kata-kataku ini dan fikir-fikirkanlah!Kamu akan mengerti,bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain,dan kaum muslimin semua bersaudara.Tetapi seorang itu tidak dibenarkan(mengambil sesuatu) daripada saudaranya,kecuali jika  dengan senang hati diberikan kepadanya.janganlah kamu menganiaya diri sendiri."

    "Ya Allah!sudahkah aku sampaikan?"
    Maka serentak dari segenap penjuru orang menjawab,"Ya!"
    Lalu katanya,"Ya Allah,saksikanlah ini!"


    Amanah itu menusuk ke setiap hati mereka yang hadir.Terpegun,insaf,sayu dan hiba berkocak dalam hati.Air mata bergenang di kelopaknya.Ini Haji Akbar,Haji perpisahan yang amat besar ertinya yang menjadi kemuncak kejayaan Rasulullah,Islam dan umatnya.

    Selesai sahaja Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan ucapan itu,baginda turun dari al-Qiswak,untanya itu.Baginda tetap duduk di tempat itu samapai waktu solat Zohor dan Asar.Kemudian baginda menaiki untanya kembali menuju Sokhrat.Pada waktu itulah Nabi s.a.w menyampaikan firman Allah Taala yang bermaksud
    " Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu."
                                                             (Surah al Maidah ayat 3)

    Apabila Abu Bakar mendengar ayat itu,dia menangis.Dia merasakan bahawa Risalah Rasulullah s.a.w sudah selesai dan sudah dekat pula Rasulullah hendak menghadap Allah kembali keribaan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

    No comments:

    Post a Comment